Kehidupan seharian kita sepanjang 2020 banyak diluangkan di rumah dan sering tertumpu kepada aktiviti dalam talian, termasuk menonton kandungan video. Ini jelas terbukti dalam peningkatan waktu tontonan YouTube di Malaysia, yang telah meningkat sebanyak 35 peratus dari tahun-ke-tahun pada Jun 2020.
Dalam kita bersama-sama mula membiasakan diri dengan norma baru, ramai di antara kita yang tercari-cari cara untuk kekal positif dalam menghadapi pandemik ini. Dengan Hari Kemerdekaan ke-63 dan Hari Malaysia ke-57 yang akan menjelang tiba, sekarang merupakan masa paling sesuai untuk menyatukan Malaysia dalam cara terbaik dan paling selamat untuk meraikannya ketika norma baru ini: dengan kekal selamat dan berhibur, bersama-sama.
Hari ini, YouTube bersama rakan-rakan media Astro, Media Prima, Muse dan WebTVAsia berasa teruja untuk mengumumkan Super Stream Malaysia, sebuah seleksi khas detik-detik digital tempatan dan kandungan premium percuma - hanya boleh didapati di YouTube Malaysia untuk masa terhad.
Mulai 15 Ogos hingga ke 16 September, rakyat Malaysia akan dapat menghiburkan diri dengan pelbagai pilihan kandungan termasuk drama, anime, filem dan banyak lagi, hasil kerjasama bersama penyiar dan rangkaian kandungan terbaik negara. Ia akan disiarkan secara langsung kepada menerusi YouTube Malaysia setiap hari - diakses terus dari saluran YouTube rasmi Google Malaysia serta setiap saluran rakan media kami.
15 - 31 Ogos |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
Anime |
|
| Drama |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Komedi & Aneka Pilihan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Maraton Filem |
September 1 - 16 |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
Anime |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Komedia & Aneka Pilihan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Maraton Filem |
Gaya Hidup Gempak |
|
|
Super Stream akan bermula dengan kegilaan anime yang dibawa khas oleh MUSE Malaysia, dari 15 Ogos sehingga 4 September. Saluran anime YouTube yang paling pantas berkembang di Malaysia, yang merupakan sebahagian dari MUSE Network termasuk MUSE Asia dan MUSE Taiwan, akan mengadakan tayangan perdana episod-episod baru ‘One Punch Man’, ‘That Time I Got Reincarnated as a Slime’ dan ‘The God of High School’, terus dari Jepun dilengkapi sari kata Bahasa Malaysia.
Dari 17 Ogos sehingga 23 Ogos, para penonton boleh juga memuaskan keinginan drama mereka dengan menonton Drama Sangat, saluran kepada ratusan drama terbaik Malaysia. Tonton drama-drama terbaru dan terbaik terbitan Media Prima tanpa henti, yang akan ditayangkan buat pertama kalinya secara digital menerusi siaran langsung drama tanpa henti pertama Malaysia selama 24 jam - banyak drama betul!
Kalau anda tidak gemarkan drama, naiki mesin masa dan pergi ke masa lampau untuk bergelak ketawa bersama siaran langsung komedi nostalgia tanpa henti pertama Malaysia selama 24 jam, anjuran TV9 Malaysia, yang akan mengetengahkan siri komedi paling popular Malaysia, ‘Senario.’ Layan detik-detik melucukan dari setiap musim rancangan tersebut dari 26 Ogos sehingga 1 September.
YouTube Super Stream Malaysia akan turut mengadakan satu lagi siaran langsung pertama Malaysia: maraton filem selama 72-jam yang dibawa khas kepada anda oleh WebTVAsia dari 29 Ogos sehingga 31 Ogos. Saluran media hiburan digital ini akan turut menayangkan 50 buah filem blockbuster Malaysia seperti ‘Lee Chong Wei the movie’, ‘Bunohan’, ‘Gol & Gincu 1&2’, ‘Nasi Lemak 2.0’ dan lebih lagi dari 31 Ogos sehingga 16 September. Tayangan filem-filem tersebut adalah terhad, jadi tonton sebelum anda terlambat!
Jika anda mahu menonton 115 jam rancangan aneka pilihan, komedi dan drama terbaik dan bertaraf tinggi dari 1 hingga 14 September, langgani saluran Astro Gempak, jenama hiburan digital nombor 1 Malaysia dengan 4.2 juta pelawat unik bulanan digital. Ikuti siaran langsung mereka untuk menonton drama popular ‘Setelah Terlafaznya Akad’ yang telah menarik sebanyak 2.6 juta tontonan di kaca TV, rancangan komedi pentas nombor 1 Astro ‘Sepahtu Reunion Live 2019’, rancangan bual bicara pertama Neelofa ‘The Best of Next to Neelofa’ dan banyak lagi.
Walaupun tahun ini merupakan tahun penuh perbezaan buat kebanyakan dari kita, masih terdapat lagi cara-cara untuk meningkatkan semangat kita. Dengan bantuan dari rakan-rakan media kami, kami berharap rakyat Malaysia di seluruh dunia dapat bersatu secara selamat dan menikmati kreativiti dan positiviti yang dapat ditawarkan Malaysia dalam semangat Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Untuk senarai aturcara Super Stream, layari events.withgoogle.com/SuperStreamMY.