Norma baharu kini menjadi suatu kebiasaan, dan perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) terutamanya dalam sektor pelancongan telah terjejas.
Mereka kini perlu mengamalkan amalan-amalan digital dan menumpukan
perhatian kepada permintaan domestik bagi memastikan kemampanan
perniagaan.
Menerusi sesi-sesi siaran langsung yang bermula pada 30 September
serta 1, 7, 8 dan 14 Oktober, para individu dan pemilik perniagaan
Malaysia boleh mendaftar
untuk mendapatkan latihan percuma dan melengkapkan diri mereka
dengan ilmu pengetahuan digital yang berkaitan bagi membantu mereka
melancarkan kehadiran atas talian mereka, dan mengembangkan
perniagaan menggunakan pelbagai peralatan digital menerusi program
tersebut.
Sesi -sesi tersebut akan dikendalikan oleh para pelatih dari Google
dan akan turut mengetengahkan sesi perkongsian dari tetamu undangan
PKS, pengasas Kwai Chai Hong
yang merupakan kawasan Chinatown di Kuala Lumpur.
"COVID-19 mungkin telah mencabar dari segi banyak perkara dari kami,
tetapi kami yakin mungkin muncul di sisi lain dengan lebih besar,
lebih baik dan lebih kuat. Kami telah melihat rakyat dan
perniagaan-perniagaan menyesuaikan diri dengan ketahanan, tekad dan
kepintaran, dan ketika kita menuju ke arah pemulihan ekonomi Malaysia,
kami percaya satu-satunya cara untuk kita pergi dari sini adalah
secara ke atas dan seterusnya, " kata Marc Woo, Ketua Negara Google
Malaysia. “Kami berharap agar latihan-latihan tersebut akan dapat
membantu perniagaan kecil dan sederhana Malaysia di dalam sektor
pelancongan selari dengan perjalanan pemulihan negara.”
“Program Mahir Digital Bersama Google akan memacu matlamat MDEC
dalam menghasilkan rakyat Malaysia yang berbekalkan kemahiran
digital serta perniagaan yang didorong digital dengan lebih jauh,
terutamanya di dalam industri pelancongan. Menerusi kolaborasi ini
bersama Google, program tersebut akan menawarkan kandungan Mahir
Digital Bersama Google pada peringkat nasional dengan memperkasakan
PKS tempatan dalam sektor ini untuk mengorak langkah ke alam
digital. Kami yakin bahawa program tersebut akan menggalakkan lebih
banyak PKS untuk menerima pakai peralatan digital baru untuk terus
maju walaupun selepas pemulihan dari COVID-19,” kata Surina Shukri,
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.
“Seiring dengan usaha MATTA untuk menghidupkan semula industri
pelancongan, kami berasa gembira untuk berkolaborasi bersama Mahir
Digital Bersama Google untuk melengkapkan ahli-ahli kami yang terdiri
daripada agen-agen pelancongan dan para pengusaha lawatan dengan
peralatan untuk memacu perniagaan mereka di atas talian. Dengan
pendekatan pemulihan yang mengetengahkan pelbagai cabaran buat
perniagaan, ia kini sangat penting untuk kita bersatu untuk
memperkasakan perniagaan ahli-ahli kami dengan meningkatkan kemahiran
mereka menerusi maklumat dan peralatan yang tepat bagi meningkatkan
keupayaan digital dan kehadiran perniagaan mereka pasca Covid-19,”
kata Datuk Tan Kok Liang, Presiden MATTA. “Menerusi pembelajaran ini,
kami berharap agar ahli-ahli kami dapat mengorak langkah ke dalam
dunia digital untuk berhubung bersama para pelancong dengan lebih
mudah dan mengembangkan khalayak mereka dengan lebih berkesan.”
Kajian terbaru Google berkenaan pelancongan
Sebuah kajian Google mengenai pelancongan
yang diterbitkan baru-baru ini mendapati bahawa 1 dari 2 individu
dalam Asia Pasifik ingin, atau sangat ingin, untuk melancong.
Namun, pemulihan sektor pelancongan rantau tersebut adalah tidak
seragam, dan merangkumi tiga fasa pemulihan berbeza dari negara ke
negara: (1) Normal baharu: Sekatan kerajaan telah dilonggarkan
dengan tanda-tanda permintaan pelancongan yang berterusan. (2)
Peralihan: Sekatan kerajaan terhadap pergerakan; permintaan bagi
pelancongan tempatan mula meningkat. (3) Peringkat awal
pembukaan/penutupan: Sekatan pergerakan dikenakan.
Kajian tersebut turut mendedahkan tiga pembelajaran penting bagi
perniagaan yang dapat membantu pemulihan pelancongan:
-
Pacu minat digital: Para pelanggan mahukan maklumat
berguna secara atas talian.
-
Jadi relevan ketika COVID: Keselamatan mungkin suatu
jenama baru, tetapi persepsi terhadap keselamatan
berlainan dari negara ke negara.
-
Cara baru untuk menjalankan perniagaan: Keperluan
untuk merancakkan semula pelancongan Mesyuarat,
Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE).
Jadual bengkel
Tarikh
|
Waktu
|
Topik
|
30 September
|
10 AM
|
Trend pelancongan sepanjang COVID-19
Untuk memahami sentimen pengguna berkenaan pelancongan ketika
krisis COVID-19 dengan lebih lanjut, kami telah menjalankan
tinjauan keinginan untuk melancong merentasi rantau Asia Pasifik
dan Malaysia. Berdasarkan penemuan kami, kami telah mengenal
pasti trend penting bagi menyediakan perniagaan pelancongan.
|
1 Oktober
|
10 AM
|
Paparkan perniagaan anda di Google Search dan Maps
Terokai Google My Business, sebuah peralatan percuma bagi para perniagaan yang dapat
menghubung dan berkomunikasi bersama para pelanggan anda di
Google Search dan Maps.
|
1 Oktober
|
11 AM
|
Sesi perkongsian perniagaan kecil: Kwai Chai Hong
Ketahui bagaimana pengasas Kwai Chai Hong
telah menggunakan peralatan dan penyelesaian digital untuk
berhubung dan berkomunikasi bersama para pelanggan dalam tempoh
masa mencabar ini.
|
7 Oktober
|
10 AM
|
Mula menggunakan Google Analytics
Pelajari dan analisa bagaimana para pelanggan berinteraksi
bersama laman web perniagaan anda, dan gunakannya sebagai
tindakan yang boleh diambil.
|
8 Oktober
|
10 AM
|
Pengenalan kepada pengiklanan atas talian
Pelajari bagaimana untuk menjangkaui lebih ramai pelanggan dan
mengembangkan perniagaan anda menggunakan Google Ads.
|
14 Oktober
|
10 AM
|
Mula menggunakan Google Ads
Kuasai kemahiran untuk mencipta dan menyesuaikan kempen-kempen
Google Ads yang dapat memaparkan iklan-iklan kepada para
pelanggan yang mencari apa yang anda tawarkan.
|