Hari ini, kami mengimbas kembali dua tahun setelah berlangsungnya Google News Initiative yang diiringi penerbitan pertama laporan GNI Impact kami. Usaha kami telah sampai ke seluruh pelosok dunia termasuk Malaysia dan kami amat berbangga dengan apa yang telah dicapai bersama-sama rakan kerjasama selama dua tahun setengah ini. Kami mendapati ramai peserta diperkenalkan kepada pelbagai peralatan baharu buat pertama kalinya menerusi bengkel-bengkel kami dan minat terhadap latihan yang kami sediakan melangkaui bilik berita sehingga sampai ke peserta dari institusi akademik, organisasi berasaskan data, dan banyak lagi.
Akan tetapi, kami juga terpaksa akur dengan kenyataan bahawa krisis boleh berlaku di luar jangkaan dan memerlukan sokongan yang berbeza daripada sedia kala. Sebab itulah apabila pandemik COVID-19 melanda dunia, kami menumpukan usaha kami di sini. Melalui Journalism Emergency Relief Fund, sejumlah 17 organisasi berita seluruh negara telah menerima sokongan kewangan kami, di mana pihak penerima boleh menggunakan dana dengan apa jua cara yang membantu mereka mengharungi krisis ini.
Sambil mengimbas kembali pencapaian kami melangkaui tahun yang tiada seumpanya, berikut adalah sorotan usaha kami di Malaysia, yang mencakupi tiga bahagian utama:
Mempertingkatkan kualiti kewartawanan
Menyokong bilik berita dalam pelaporan berkualiti merupakan teras misi GNI, di mana kerja-kerja kami di Malaysia berakar umbi dalam memberikan sokongan kepada bakat-bakat pengarang. Kami berganding bahu dengan pelatih tempatan untuk membangunkan sebuah rangkaian di seluruh Malaysia untuk mempertingkatkan kemahiran para wartawan dan barisan organisasi media. Sejak pelancaran program ini pada September 2018, kami telah berjaya melatih seramai hampir 2,000 orang wartawan di negara ini.
Berikutan pandemik COVID-19, kami beralih kepada latihan dalam talian, dengan tawaran kursus yang meliputi verifikasi dalam talian hinggalah ke Kewartawanan Data dan Visualisasi untuk membantu para wartawan memberi liputan yang lebih baik dan dipacu data. Sesi latihan digital ini tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia; ini membolehkan kami memperluaskan usaha agar lebih ramai wartawan dari seluruh pelosok negara dapat dilatih. Sesi maya ini telah merekodkan sejumlah 11,500++ tontonan dalam hanya dua bulan.
Memperkasakan pertumbuhan perniagaan yang mampan
Tabiat penggunaan para pembaca telah berubah, dan sehubungan dengan itu, pihak media terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berkembang ini. Kami percaya dalam pemerkasaan media untuk mencari penyelesaian yang mampan lantas membolehkan mereka mencapai kejayaan jangka masa panjang. Oleh itu kami menganjurkan sesi perkongsian ilmu seperti Think Media by Google, di mana pihak media boleh mempelajari selok belok pengoptimuman kehadiran dalam talian mereka di Google News, cara terbaik menggunakan Google Ads, dan cara memanfaatkan data untuk membantu perniagaan mereka.
Kami turut bekerjasama dengan media Malaysia melalui penyertaan dalam program-program serantau GNI, di mana pembelajaran ini dikongsi untuk membantu lebih ramai penerbit. Kami telah mengalu-alukan Star Media Group sebagai kohort GNI APAC Data Labs yang pertama. Program selama 5 bulan ini telah membantu organisasi-organisasi berita memanfaatkan sepenuhnya data yang tersedia di samping meneroka cara baharu memajukan tahap kematangan data masing-masing. Untuk memastikan pembelajaran daripada peserta penerbit digunakan dengan sebaik-baiknya, kami menerbitkan sebuah rencana yang mempersembahkan contoh-contoh penggunaan untuk memacu budaya data di dalam bilik berita. Kami menjemput semua penerbit Malaysia untuk menilai tahap kematangan data mereka di sini dan menyelami rencana tersebut untuk mendapatkan penyelesaian yang berguna.
Terbaharu, Malaysiakini turut terpilih menjadi sebahagian daripada GNI APAC Subscription Lab, sebuah program untuk membantu penerbit berita memperkukuh keupayaan langganan digital di samping meningkatkan pendapatan daripada pembaca.
Memperkasakan bilik berita melalui inovasi
Akhir sekali, meskipun pihak media kini berhadapan dengan pelbagai cabaran, inovasi berterusan seharusnya berada diketengahkan -- dan kami pernah melihat sendiri semangat inovasi ini melalui interaksi kami dengan para penerbit dan wartawan tempatan. Tahun lalu Lynn D’Cruz dari Malaysiakini telah terpilih sebagai salah seorang daripada 12 orang felo program julung kali Google News Initiative (GNI) Newsroom Leadership yang merupakan sebuah kolaborasi antara GNI dan Columbia School of Journalism untuk meningkatkan kepakaran perniagaan dan produk, peneraju bilik berita rantau Asia Pasifik.
Kami turut memilih Malaysiakini dan Media Prima sebagai penerima GNI APAC Innovation Challenges - sebuah program untuk membiayai projek-projek yang memberikan suntikan idea baharu ke dalam industri berita. “Malaysiakini memperkenalkan skim kesetiaan dan mata ganjaran untuk memacu langganan dan menggalakkan penglibatan pembaca. Mereka melancarkan ‘Kini Community’, sebuah servis tambahan kepada model teras langganan yang membolehkan pengguna mengumpul mata untuk menyertai aktiviti seperti pembidaan cerita, berhubung dengan ahli-ahli lain, memberikan tip kepada komen dan lebih banyak lagi. Ciri-ciri ini dan penambahbaikkan yang lain telah menghasilkan peningkatan langganan sebanyak 140% dalam bulan pertama selepas pelancaran.” Sementara itu, Media Prima merancang untuk menggunakan dana ini untuk membangunkan sebuah komuniti pemain permainan video dalam talian yang tersasar yang akan memacu penggunaan kandungan.
Apa seterusnya
Terbaharu, kami telah melancarkan GNI Digital Growth Program di rantau ini, yang telah dibangunkan bersama pakar industri serta penerbit berita di seluruh dunia untuk membantu organisasi berita kecil dan sederhana mengembangkan perniagaan digital masing-masing. Kami menjemput media Malaysia mengimbas dan mengikuti rencana-rencana, latihan-latihan interaktif, bengkel-bengkel digital serta makmal-makmal percuma kami.