Blog Rasmi Google Malaysia
Ikuti perkembangan terbaru Google di Malaysia
Petua untuk menyemak sama ada maklumat di web adalah benar atau tidak
Khamis, 31 Mac 2022
Semak sumber sebelum kongsi! Gunakan alat berikut untuk membongkar penipuan dan helah.
1. Semak sekali lagi sumber berita dengan Google News
Jika artikel yang anda baca sangat keterlaluan atau kedengaran terlalu bagus untuk dipercayai, maklumat tersebut mungkin salah. Jalankan carian berita pada Google News untuk melihat sama ada sumber media bereputasi baik melaporkan perkara yang sama.
2. Semak konteks imej menggunakan carian Google Images
Imej boleh dipalsukan atau digunakan luar konteks. Jika sesuatu yang anda lihat kelihatan agak pelik, klik kanan pada imej dan jalankan carian Google Images untuk melihat cara lain imej itu digunakan atau sumber imej tersebut.
3. Semak maklumat asas video YouTube
Terjumpa video yang kelihatan menjawab persoalan yang tidak ditemukan oleh orang lain? Semak sama ada saluran itu disahkan atau jika terdapat kandungan lain, pautan sosial dan laman web, atau saiz khalayak yang anda jangkakan sebelum mempercayai saluran itu
4. Semak URL untuk mendapatkan maklumat tentang sumber
Apabila anda membaca berita dalam talian, luangkan sedikit masa untuk melihat alamat domain laman web tersebut. Laman maklumat yang salah sering cuba kelihatan seperti laman bereputasi baik dengan nama yang serupa.
5. Sahkan topik dengan Fact Check Explorer
Terjumpa sesuatu yang hampir sukar dipercayai? Jalankan carian sebarang berita yang boleh dipersoalkan melalui
Fact Check Explorer
. Ini merupakan pangkalan data dengan pelbagai jenis kandungan yang disahkan benar dan terbukti salah.
Arkib
2024
Dis
Nov
Okt
Sep
Ogo
Jul
Mei
Apr
Feb
2023
Dis
Nov
Okt
Sep
Ogo
Jul
Mei
Apr
Mac
Feb
Jan
2022
Dis
Nov
Okt
Sep
Ogo
Jul
Jun
Mei
Apr
Mac
Feb
Jan
2021
Dis
Nov
Okt
Sep
Jul
Jun
Mei
Apr
Mac
Feb
Jan
2020
Dis
Nov
Okt
Sep
Ogo
Jul
Jun
Mei
Apr
Mac
Feb
Suapan RSS
Ikuti @googlemsia