Kini, Sijil Kerjaya Google tersedia kepada semua rakyat Malaysia melalui program Gemilang untuk menambah kemahiran teknologi dalam 6 bidang - analisis data, sokongan IT, automasi IT, pengurusan projek, Reka Bentuk UX dan pemasaran digital & e-dagang
Google akan menawarkan 31,000 biasiswa Sijil Kerjaya Google menerusi enam rakan tempatan, termasuk institusi pendidikan, rakan industri dan organisasi bukan berasaskan keuntungan untuk mendapatkan sijil tanpa kos.
Google telah membentuk sebuah konsortium majikan untuk menghubungkan para pencari kerja dari program Gemilang dengan bakal majikan yang mengiktiraf kelayakan tersebut.
Google telah melancarkan program latihan digital terbaharunya, Gemilang, pada hari ini, yang menawarkan perjalanan pembelajaran yang fleksibel kepada semua rakyat Malaysia. Ini termasuk Sijil Kerjaya Google dan ia membolehkan para pelajar untuk membangunkan ilmu mereka serta memperoleh kemahiran digital untuk pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi. Dalam misi untuk Majukan Malaysia Bersama, Google juga telah mengukuhkan komitmennya untuk membolehkan ekonomi digital yang saksama dan inklusif dengan menawarkan 31,000 biasiswa melalui rakan kongsi tempatan, yang terdiri daripada institusi pendidikan, rakan industri dan organisasi bukan berasaskan keuntungan.
Menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), jawatan kosong digital Malaysia telah meningkat hampir tiga kali ganda pada April tahun lepas, namun laporan PWC menunjukkan bahawa 88% daripada rakyat Malaysia yang dikaji bersedia untuk mempelajari kemahiran baharu atau melatih semula sepenuhnya supaya mereka akan mudah mendapat pekerjaan pada masa hadapan. Sebuah laporan daripada Inisiatif Penyelidikan Sosial & Ekonomi (SERI) menunjukkan bahawa kemahiran digital yang mempunyai permintaan paling tinggi dalam negara ini termasuk analisis data besar, pemasaran digital, dan kecerdasan buatan. Tambahan lagi, sebuah laporan dari AlphaBeta mendapati bahawa jika digunakan sepenuhnya, teknologi digital boleh menghasilkan sehingga USD257.2 bilion dalam nilai ekonomi setiap tahun di Malaysia menjelang 2030.
Marc Woo, Pengarah Urusan Google Malaysia berkata, “Untuk memastikan pertumbuhan ekonomi digital dapat menyokong seramai mungkin rakyat Malaysia, kita komited untuk meyokong sebuah ekosistem digital yang lebih saksama dan inklusif. Sebuah ekosistem yang dibina untuk setiap rakyat Malaysia, and ini merupakan sebuah visi yang tidak boleh dilakukan secara sendirian. Kami di Google Malaysia, bersama rakan-rakan kami, ingin memberi peluang mendapat kemahiran digital untuk memanfaatkan semua rakyat Malaysia dari semua latar belakang. Melalui Gemilang, lagi ramai rakyat Malaysia akan dapat mengakses peluang latihan, mempelajari kemahiran baharu, mencari pekerjaan dan membina kerjaya mereka dalam ekonomi digital ini sambil ia berkembang.”
Pelancaran Gemilang
Disediakan pada platform pendidikan dalam talian, Coursera, Sijil Kerjaya Google merupakan program latihan dalam talian serba serbi yang membolehkan pelajar yang tidak mempunyai sebarang pengalaman atau ijazah untuk membuka peluang pekerjaan baharu dalam 6 bidang - analisis data, sokongan IT, automasi IT, pengurusan projek, Reka Bentuk UX dan pemasaran digital & e-dagang. Setiap sijil dicipta oleh pakar-pakar Google dan direka untuk melengkapkan para pelajar dengan kemahiran asas melalui pembelajaran ‘hands-on’, membolehkan mereka maju mengikut kadar mereka sendiri sambil belajar atau bekerja.
Haziq, Ketua Pegawai Eksekutif REKA menjalankan perniagaannya sepenuh masa dan mendapati bahawa beliau berpeluang untuk mengembangkan perkhidmatannya kepada sokongan IT. Haziq baru-baru ini melengkapkan Sijil Kerjaya Google untuk Sokongan IT dan kini menggunakan set kemahiran baharunya untuk membantu pelanggan membina keupayaan IT dalaman mereka.
“Saya telah bekerja dalam industri teknologi lebih daripada 11 tahun. Pada masa ini, saya sedari bahawa banyak syarikat bergelut dengan menyelesaikan masalah IT dan sebahagian besar daripadanya berpunca daripada kekurangan pengetahuan IT teknikal. Jadi, saya ingin mencari kursus yang akan membantu saya berkomunikasi dengan para pelanggan dan membantu mereka menyelesaikan isu IT dalaman mereka. Di situlah saya menemui Sijil Kerjaya Google untuk Sokongan IT. Selepas menamatkan kursus tersebut, saya kini boleh menawarkan latihan percuma kepada pelanggan saya, membolehkan mereka meningkatkan keupayaan sokongan IT dalaman mereka,” kata Haziq, Ketua Pegawai Eksekutif REKA pada taklimat akhbar hari ini.
Untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memanfaatkan Sijil Kerjaya Google, Google akan menawarkan biasiswa kepada 31,000 pelajar untuk memperoleh sijil tanpa kos. Google akan bekerjasama dengan institusi pendidikan termasuk Mereka Academy, rakan industri termasuk Celcom Axiata Berhad (Celcom) dan Trainocate dan organisasi bukan berasaskan keuntungan termasuk Girls in Tech, Malaysian Digital Association, Women in Tech dan Yayasan Tunku Abdul Rahman untuk mengedarkan biasiswa tersebut.
Akhir sekali, Google akan bekerjasama dengan rakan universiti, seperti Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk menawarkan kurikulum Google Cloud kepada pelajar pengajian tinggi untuk menyediakan mereka untuk dunia yang mengutamakan awan.
Google telah membentuk sebuah konsortium majikan untuk menghubungkan graduan dari Gemilang dengan majikan yang mengiktiraf kelayakan tersebut dan kemahiran digital. Ahli semasa konsortium, selain Google, termasuk Amanz, Carsome, Fave Asia, IPG Mediabrands, Jirnexu, Maybank, McDonald's Malaysia, Omnicom Media Group (OMG), PETRONAS, Rev Media Group, The Star Media Group, The Lorry, Storehub, dan Astro AWANI.
Tambahan pula, Google terus membantu pemilik perniagaan mengembangkan perniagaan mereka dalam talian melalui Google Primer, aplikasi mudah alih percuma yang menawarkan pelajaran yang mudah difahami dan interaktif dalam masa lima minit.
Untuk maklumat lanjut mengenai Gemilang, sila kunjungi laman web ini.