Google Doodle hari ini memberi penghormatan kepada arwah Azah Aziz pada hari lahirnya yang ke-94. Beliau adalah salah seorang perintis wartawan wanita di Malaysia dan merupakan ikon budaya Malaysia yang diingati atas usaha sepanjang hayatnya dalam pemeliharaan budaya, tekstil dan pakaian tradisional Melayu untuk generasi akan datang. Untuk memperingati legasinya, beliau digelar Tokoh Budayawan Melayu.
Lahirnya seorang bintang
Mak Ungku, seperti yang lebih dikenali, dilahirkan pada 21 Ogos 1928. Minatnya yang mendalam terhadap bahasa, budaya dan seni telah dipupuk oleh ibunya, Azizah Jaafar, yang berasal dari keluarga Johor yang terbilang dan merupakan perintis dalam pengajian sains domestik, dan daripadanya beliau mewarisi koleksi tekstil dan pakaian Melayu terawal. Ini juga diperkukuh melalui perkahwinannya dengan Ungku Abdul Aziz, di mana beliau berkongsi minat mendalam terhadap bahasa dan budaya Melayu.
Beliau mula memupuk minat dalam bidang penulisan dan sastera semasa bekerja sebagai setiausaha di Jabatan Pengajian Melayu, di bawah ketua jabatan Tan Sri Zainal Abidin Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba.
Gambar: Azah Aziz sewaktu muda
Kredit foto: Ihsan Tan Sri Dr. Zeti Aziz
Gambar: Azah Aziz
Kredit foto: Ihsan Perbadanan Muzium Negeri Pahang