Awal tahun ini, kami mengumumkan Google News Initiative (GNI) Innovation Challenge Asia Pasifik yang ketiga kami— sebuah program yang menyokong projek inovatif yang membantu mewujudkan ekosistem berita yang lebih mampan dan pelbagai.
Kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa 19 organisasi dari 10 negara di rantau ini telah dipilih untuk membawa idea mereka ke hadapan dengan sokongan daripada GNI.
Newslaundry Media dari India akan membangunkan alat digital boleh akses seperti ciri teks ke pertuturan dan menyepadukan fon mesra Disleksia untuk menjadikan berita lebih inklusif bagi mereka yang menghadapi cabaran fizikal dan pembelajaran.
Missing Perspectives dari Australia akan mencipta alat dikuasakan AI yang menghubungkan para wartawan dan pakar-pakar wanita muda dengan bilik-bilik berita domestik dan antarabangsa, untuk membantu meningkatkan perwakilan wanita dalam industri yang biasanya didominasi lelaki.
The Daily Prothom Alo dari Bangladesh yang akan mencipta sebuah platform berita yang membawa kandungan hiperlokal, dan diperibadikan ke banda-bandar tempatan dan komuniti-komuniti luar bandar melalui algoritma penemuan automatik.
GMA News and Public Affairs dari Filipina akan melaksanakan alat dikuasakan AI untuk mempercepatkan pengesanan berita palsu dan pengeluaran pesat artikel-artikel “pre-bunking.”