Matahari sedang bersinar, suhu sedang meningkat - ini menandakan permulaan percutian musim panas!
Jika anda sedang mencari inspirasi untuk destinasi percutian anda yang seterusnya, anda hanya perlu mencarinya di Google Flights - alat yang boleh membantu anda meneroka destinasi dan menjejak harga untuk mencari dan menempah penerbangan anda yang seterusnya.
10 destinasi teratas untuk rakyat Malaysia
Kami telah menganalisis destinasi yang menyaksikan jumlah pertanyaan tertinggi di Google Flights untuk bulan Jun hingga Ogos 2023.
10 destinasi teratas di Carian Google Flight
Tokyo, Jepun
Bangkok, Thailand
London, United Kingdom
Taipei City, Taiwan
Denpasar, Indonesia
Kota Kinabalu, Malaysia
Langkawi, Malaysia
Seoul, Korea Selatan
Kuala Lumpur, Malaysia
Osaka, Jepun
“Dengan munculnya kembali keinginan melancong dalam kalangan para pelancong, Google Flights memberi kami gambaran tentang tempat-tempat yang difikirkan oleh rakyat Malaysia sempena cuti musim panas mereka yang akan datang. Kami mendapati bahawa para pelancong lebih sukakan destinasi APAC, dan destinasi teratas mereka adalah Tokyo, Jepun. Malah, daripada sepuluh destinasi teratas, 9 berada dalam APAC dan tiga daripadanya adalah domestik,” kata Nick Drew, Ketua Industri Pelancongan, Google Malaysia.
5 pantai awam popular teratas
Pantai Pengkalan Balak Melaka
D’Aur Beach Resort
Pantai Tanjung Biru
Pantai Batu Hitam Kuantan
Pantai Batu Layar, Kota Tinggi
5 taman popular teratas
Taman KLCC
Taman 99 Wonderland
Taman Saujana Hijau Putrajaya
Anjung Floria
Taman Rekreasi Gunung Lang
5 muzium popular teratas
Muzium Negara
Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia
Muzium Budaya Borneo
Muzium Wonderfood