YouTube Malaysia menganjurkan ‘YouTube Works for Malaysia 2023’ - sambutan tahunan yang menonjolkan ekosistem YouTube penuh bertenaga dan komited untuk menunjukkan keberkesanan dan kecekapan YouTube sebagai platform pengiklanan. Pada acara itu malam tadi, YouTube mengumumkan pemenang Anugerah YouTube Works “Best of Malaysia” dan sembilan finalis yang akan mewakili Malaysia di “YouTube Works Awards Southeast Asia 2023” serantau yang pertama kali diadakan di Jakarta, Indonesia pada 12 Oktober.
Menurut tinjauan oleh Kantar, YouTube merupakan perkhidmatan video #1 yang paling banyak ditonton oleh rakyat Malaysia. Tinjauan yang sama juga mendapati bahawa YouTube adalah #1 bagi rakyat Malaysia kerana ia membolehkan mereka mengakses pelbagai jenis kandungan seperti video pendek, panjang atau langsung, serta kandungan yang tidak dapat ditemui di tempat lain.
Loh Ben Jern, Ketua YouTube Malaysia berkata, “Secara global, lebih 500 jam kandungan dimuat naik di YouTube setiap minit. Dan kini, lebih banyak jam kandungan dicipta berbanding sebelum ini. Di Malaysia, lebih 7 juta orang menstrim YouTube di TV Sambungan (Connected TV) mereka, menjadikannya skrin yang paling pesat berkembang dalam tempoh 5 tahun yang lalu. Kami juga telah melihat ledakan Shorts - hanya tahun lepas kami melihat 50B tontonan harian. Hari ini, saya berbesar hati untuk berkongsi bahawa YouTube Shorts telah mencapai 70B tontonan secara global setiap 24 jam, peningkatan sebanyak 40% dalam masa kurang daripada setahun dan purata tontonan harian di Asia Tenggara meningkat lebih 130% tahun ke tahun.
“Namun di antara ratusan kandungan video dan saluran yang tersedia, rakyat Malaysia terus memilih YouTube. Kami percaya ini kerana YouTube ada semuanya. Sama ada video berdurasi 6 saat atau audio siar dua jam, YouTube berfungsi dengan lancar merentas peranti - daripada mudah alih hingga ke skrin terbesar di rumah. Dan kami berasa rendah hati apabila mengetahui bahawa YouTube kekal sebagai platform video yang paling ditonton dan paling disukai oleh rakyat Malaysia dalam dunia di mana mereka boleh menonton apa sahaja,” tambahnya.
Rohan Raghavan, Ketua Teknologi, Telekomunikasi, Media & Hiburan, Kewangan berkata, “AI adalah teras kepada YouTube, memperkasakan ciri yang melindungi penonton daripada kandungan berbahaya, menghubungkan orang dengan kandungan yang mereka gemari, mengoptimumkan pengalaman pengguna dan yang terkini, menyingkirkan geseran daripada proses kreatif dan membenarkan pencipta YouTube menjangkau lebih ramai penonton. Hari ini, Google AI membolehkan perniagaan besar dan kecil memacu hasil dengan cara yang cekap kos dengan meningkatkan kandungan kreatif mereka dan membantu mereka menjangkau khalayak yang tepat.
Alat dikuasakan AI Google termasuk:
Bimbingan Kreatif Iklan YouTube (YouTube Ads Creative Guidance), alat dikuasakan AI yang memberikan penilaian kempen iklan secara automatik dan mencadangkan amalan terbaik untuk menambah baiknya, seperti menambah ganti suara atau menyertakan orientasi video yang betul
Kempen Tontonan Video (Video View Campaign), kempen yang dikuasakan AI membantu pengiklan mendapatkan tontonan terbanyak merentasi semua format video YouTube dengan menyampaikan kreatif berprestasi terbaik kepada khalayak yang lebih cenderung untuk mempertimbangkan jenama mereka
Keperluan Gen (Demand Gen), menggunakan AI untuk membantu para jenama menyiarkan iklan merentasi platform yang paling menarik termasuk YouTube, YouTube Shorts, Gmail dan Discover
Untuk meraikan para jenama yang telah memanfaatkan YouTube secara kreatif dan berkesan untuk berhubung dengan khalayak mereka, pemenang Anugerah YouTube Works “Best of Malaysia” telah diumumkan. Dalam tahun kelapannya, Anugerah YouTube Works mengiktiraf dan meraikan kempen YouTube yang paling menarik, berkesan dan kreatif. Para jenama bersaing dalam lapan kategori di peringkat Asia Tenggara, manakala tiga pemenang daripada kumpulan sembilan finalis dipilih sebagai “Best of Malaysia” dengan U Mobile membawa pulang tempat pertama dengan kempen Tahun Baru Cina 2023 - The Grand Love, kisah yang menyentuh hati yang menghubungkan generasi tua dan muda bersama-sama melalui bentuk cinta agung yang paling murni melalui teknologi baharu. Tempat kedua menjadi milik sooka Malaysia untuk Liga Malaysia 2023 Campaign Relaunch dan tempat ketiga milik Sunsilk Malaysia yang secara kreatifnya telah memanfaatkan gembar-gembur di kalangan para peminat dalam konsert Blackpink di Malaysia untuk berhubung dengan penonton Gen Z mereka.
Pemenang tempat pertama bagi anugerah Best of Malaysia dimenangi U Mobile untuk kempen Tahun Baharu Cina 2023 yang menyentuh hati.
Kempen-kempen yang menang ini telah menunjukkan kreativiti yang cemerlang dalam pelbagai aspek, termasuk merancang penceritaan, menjalin perkongsian strategik dan kreatif antara para jenama dan pencipta kandungan serta menggunakan keupayaan YouTube secara berkesan untuk melibatkan khalayak sasaran sambil menyampaikan hasil perniagaan yang ketara.
Berikut adalah senarai finalis Malaysia yang akan mewakili Malaysia di Anugerah YouTube Works Southeast Asia 2023:
Dentuman Besar (The Big Bang)
McDonald’s - #McDDoDaDip Chicken McNuggets
sooka Malaysia - sooka Liga Malaysia 2023 Campaign Relaunch
Yang Panjang dan Pendek (The Long and Short)
McDonald’s - #McDDoDaDip Chicken McNuggets
Berocca - BerSahur Bersama Berocca
Kolaborator (The Collaborator)
Sunsilk Malaysia - Fandom First : Sunsilk Owning the fandom x Blackpink Standing out in Culture
Penyala Api (The Fire Starter)
U Mobile - U Mobile presents The Grand Love for CNY 2023
Berocca - BerSahur Bersama Berocca
Pengubah (The Changemaker)
Colgate - Colgate Smile Strong
MR.DIY - The Rude Girl
Kanvas Bersambung (The Connected Canvas)
McDonald’s - Best Burger
Hong Leong Bank - Going 1-2-3 with HLB Connect!
Malaysians say YouTube is the #1 video service they watch the most
YouTube Malaysia hosts its ‘YouTube Works for Malaysia 2023’ - an annual celebration that shines a spotlight on the vibrant YouTube ecosystem and commits to shedding light on YouTube’s effectiveness and efficiency as an advertising platform. At the event, YouTube unveiled the winners of “Best of Malaysia” YouTube Works Awards and the nine finalists that will be representing Malaysia at the first-ever regional “YouTube Works Awards Southeast Asia 2023”, which will be held in Jakarta, Indonesia on October 12.
According to a survey by Kantar, YouTube is the #1 video service Malaysians say they watch the most. The same survey also found that YouTube is #1 for Malaysians as it allows them to access a wide variety of content types such as short, long or live videos, as well as for content they can’t find anywhere else.
Loh Ben Jern, Head of YouTube Malaysia said, “Globally, over 500 hours of content is uploaded on YouTube every minute. And today, more hours of content are created than ever before. In Malaysia, over 7M people streamed YouTube on their Connected TV, making it the fastest growing screen in the last 5 years. We’ve also seen an explosion of Shorts - just last year we saw 50B daily views. Today, I’m proud to share that YouTube Shorts has hit 70B views globally every 24 hours, a 40% increase in less than a year, and average daily views in Southeast Asia grew by over 130% year-on-year.
“Yet among the hundreds of video content and channels available, Malaysians continue to choose YouTube. We believe it’s because YouTube does it all. Whether it’s a snappy 6-second video or a two-hour podcast, YouTube works seamlessly across devices - from mobile to the biggest screen in the house. And we’re humbled to learn that YouTube remains the most-watched and most-loved video platform for Malaysians in a world where they can watch anything,” he added.
Rohan Raghavan, Head of Tech, Telco, Media & Entertainment, Finance said, “AI is central to YouTube, powering features that protect viewers from harmful content, connect people with content they love, optimize user experience and most recently, taking the friction out of the creative process and allowing YouTube creators to reach more viewers. Today, Google AI is enabling businesses both big and small to drive results in a cost efficient way by elevating their creative content and helping them reach the right audience.
Google AI-powered tools include:
YouTube Ads Creative Guidance, AI-powered tool that automatically provides an assessment of an ad campaign and suggests best practices to improve it, such as adding a voiceover or including the right video orientation
Video View Campaign, the AI-powered campaign helps advertisers get the most views across all of YouTube’s video formats by delivering the best-performing creatives to audiences who are more likely to consider their brand
Demand Gen, uses AI to help brands serve ads across our most engaging surfaces including YouTube, YouTube Shorts, Gmail and Discover
In celebration of brands who have creatively and effectively leveraged YouTube to connect with their audiences, “Best of Malaysia” winners of the YouTube Works Awards were unveiled. In its eighth year, YouTube Works Awards recognizes and celebrates the most compelling, effective, and creative YouTube campaigns. Brands are competing across eight categories at the Southeast Asia level, while three winners from the pool of nine finalists were selected as the “Best of Malaysia”, with U Mobile taking home the first place with its Chinese New Year 2023 campaign - The Grand Love, a heartwarming story to connect the older and younger generations together through the purest form of a grand love via new technology. The second place goes to sooka Malaysia for its Liga Malaysia 2023 Campaign Relaunch and third place belongs to Sunsilk Malaysia which creatively tapped into the hype of Blackpink’s concert in Malaysia to connect with their Gen Z audience.
First place winner for Best of Malaysia award goes to U Mobile for its heartwarming Chinese New Year 2023 campaign.
These winning campaigns have demonstrated outstanding creativity in various aspects, including planning storytelling, forging strategic and creative partnerships between brands and content creators, and effectively utilizing YouTube’s capabilities to engage target audiences while delivering tangible business outcomes.
Here are the list of Malaysia finalists who will be representing Malaysia at the YouTube Works Awards Southeast Asia 2023:
The Big Bang
McDonald’s - #McDDoDaDip Chicken McNuggets
sooka Malaysia - sooka Liga Malaysia 2023 Campaign Relaunch
The Long and Short
McDonald’s - #McDDoDaDip Chicken McNuggets
Berocca - BerSahur Bersama Berocca
The Collaborator
Sunsilk Malaysia - Fandom First : Sunsilk Owning the fandom x Blackpink Standing out in Culture
The Fire Starter
U Mobile - U Mobile presents The Grand Love for CNY 2023
Berocca - BerSahur Bersama Berocca
The Changemaker
Colgate - Colgate Smile Strong
MR.DIY - The Rude Girl
The Connected Canvas
McDonald’s - Best Burger
Hong Leong Bank - Going 1-2-3 with HLB Connect!