Sundar Pichai, Ketua Pegawai Eksekutif Google dan Alphabet
Selama bertahun-tahun, kami telah melabur dalam AI secara mendalam sebagai satu-satunya cara terbaik untuk meningkatkan Search dan semua produk kami. Kami teruja dengan kemajuan kami, contohnya dengan Pengalaman Generatif Carian kami, atau SGE, yang anda boleh cuba dalam Google Labs. AI juga kini menjadi pusat kepada dua perniagaan kami yang telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini: perkhidmatan Cloud dan Workspace kami dan perkhidmatan langganan popular kami, Google One, yang hampir mencecah 100 juta pelanggan.
Perkembangan terbaharu
Pada bulan Disember, kami mengambil langkah penting dalam perjalanan kami untuk menjadikan AI lebih berguna untuk semua orang dengan permulaan era Gemini, menetapkan standard baharu merentas pelbagai penanda aras teks, imej, audio dan video. Walaubagaimanapun, Gemini sedang berkembang menjadi lebih daripada sekadar model. Ia menyokong keseluruhan ekosistem — daripada produk yang digunakan oleh berbilion orang pada setiap hari, kepada API dan platform yang membantu pembangun dan perniagaan berinovasi.
Model Ultra 1.0 terbesar merupakan model pertama yang mengatasi pakar manusia dalam MMLU (pemahaman bahasa berbilang tugas besar-besaran), yang menggunakan gabungan 57 mata pelajaran – termasuk matematik, fizik, sejarah, undang-undang, perubatan dan etika – untuk menguji ilmu dan kebolehan menyelesaikan masalah.
Pada hari ini, kami akan mengambil langkah seterusnya dan membawa Ultra ke produk kami dan ke seluruh dunia.
Memperkenalkan Gemini Advanced
Bard merupakan cara terbaik untuk orang ramai untuk mengalami model kami yang paling berkebolehan secara langsung. Untuk mencerminkan teknologi canggih pada terasnya, Bard kini akan dipanggil Gemini. Ia tersedia dalam 40 bahasa di web, dan ia akan datang ke aplikasi Gemini baharu pada Android dan pada aplikasi Google di iOS.
Versi dengan Ultra akan dipanggil Gemini Advanced, satu pengalaman baharu yang jauh lebih berkebolehan dalam membuat penaakulan, mengikut arahan, pengekodan dan kerjasama kreatif. Sebagai contoh, ia boleh menjadi seorang tutor peribadi, disesuaikan mengikut gaya pembelajaran anda. Atau ia boleh menjadi seorang rakan kreatif, membantu anda merancang strategi kandungan atau membina rancangan perniagaan. Anda boleh baca dengan lanjut dalam siaran ini.
Sesiapa sahaja boleh mula menggunakan Gemini Advanced dengan melanggan kepada pelan Premium Google One AI baharu, yang menawarkan ciri AI terbaik Google di satu tempat. Pelan premium ini mengembangkan perkhidmatan Google One popular yang menawarkan storan yang diperluas dan ciri-ciri eksklusif produk.
Membawa keupayaan Gemini ke lebih banyak produk
Model Gemini juga akan disatukan dengan produk yang digunakan oleh orang ramai dan perniagaan setiap hari, termasuk Workspace dan Google Cloud:
Banyak lagi yang akan datang
Para pembangun merupakan komponen penting kepada setiap perubahan teknologi utama dan akan memainkan peranan yang penting dalam ekosistem Gemini. Beratus ribu pembangun dan perniagaan telah mula membina dengan model Gemini. Walaupun hari ini adalah mengenai Gemini Advanced and keupayaan baharunya, kami akan berkongsi lebih banyak butiran tentang perkara yang akan datang untuk para pembangun dan pelanggan Cloud pada minggu hadapan.
Kemas kini terbaharu ini mencerminkan cara kami menghampiri inovasi dengan berani, dan memajukan serta menggunakan teknologi ini secara bertanggungjawab. Dan kami sudah pun melatih lelaran model Gemini kami yang seterusnya — jadi nantikan sahaja untuk maklumat lanjut!