Memperkasakan Guru Dalam Era Pengajaran & Pembelajaran di Rumah
Program Pendidik Pensijilan Google menawarkan penguasaan pendidik dalam penggunaan produk dan alat Google yang menyokong pengalaman bilik darjah yang kuat dan hasil para pelajar. Program ini bertujuan untuk menjangkau guru-guru yang mungkin tidak mempunyai peluang latihan dan untuk menyokong para pendidik dalam era pembelajaran digital dan bilik darjah maya.
“Menyokong, membolehkan dan memperkasakan para guru adalah penting dalam landskap digital ini di mana para guru diperlukan untuk memimpin, bekerjasama dan menyematkan perubahan di sekolah mereka. Melalui perubahan ini, kami boleh memastikan pelajar Malaysia berkompeten secara digital untuk menghadapi norma baharu persekolahan dan pekerjaan pada abad ke-21,” kata Puan Maznah Binti Abu Bakar, Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan di sebuah acara maya yang dihoskan oleh Google Malaysia hari ini bertajuk “Guru Pemangkin Transformasi Pendidikan”.
Acara ini mengetengahkan pelbagai perspektif yang dikongsi bersama Derosita Chok Mung Na, pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Kuching; Muhammad Nuaim bin Bahron, guru di SK Sg Penipah, Mukah; Nur Aimi binti Ramli, guru di SMK Nabawan dan Shahrun Niza binti Sofian, guru di SMK Tinggi Klang, yang merupakan guru yang mempunyai pensijilan Google for Education dalam sebuah perbincangan panel yang dikendalikan oleh Alina Amir, pengasas bersama Arus Academy.
Derosita, juga merupakan seorang Pelatih yang mempunyai Pensijilan Google (Google Certified Trainer), berkongsi bagaimana program pensijilan telah membantu meningkatkan keyakinannya sebagai seorang pelatih untuk membimbing guru lain dan juga rakannya untuk membiasakan diri dengan aplikasi yang berkaitan dengan Google.
“Sebelum melalui program pensijilan, kebanyakan kerja saya berkisar tentang melatih para pendidik yang berada di daerah saya, Kuching. Namun, keyakinan baharu ini telah mendorong saya untuk melangkah lebih jauh, memperluas rangkaian pelajar saya dan kini, latihan kami dijalankan di seluruh negara,” tambah Derosita.
Menyelami dalam faedah menjadi seorang Pendidik yang mempunyai Pensijilan Google, Nur Aimi berkongsi bahawa dia kini lebih fleksibel dalam pendekatannya terhadap pelajaran maya. Dia menambah bahawa pendedahan kepada pelbagai sumber lain yang terdapat di platform telah membekalkannya peluang untuk melengkapkan dan memperluas interaktiviti pelajaran maya.
“Salah satu sorotan membekalkan sebuah bilik darjah maya ialah kebolehan untuk membuat bahan yang diperibadikan dan sesuai mengikut keperluan dan tahap kecekapan pelajar. Tidak seperti pendekatan bilik darjah konvensional, para guru kini dapat memperluas bahan pengajaran di luar buku teks standard untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar,” tambah Nur Aimi.
Dalam hal penglibatan pelajar dalam keadaan maya, Shahrun Niza berkongsi kepentingan komunikasi berterusan dengan para pelajar dan ini boleh dicapai melalui sesi individu yang dicatat dalam Google Calendar. Dia berkata bahawa ini membantunya memerhati kemajuan perkembangan pelajar, sekaligus membolehkannya mengenal pasti bahagian-bahagian pelajarannya yang boleh ditambah baik.
“Pendedahan saya kepada Google Classroom di DELIMa telah membenarkan saya untuk meneruskan tanggungjawab saya sebagai seorang guru dengan cara yang sederhana dan berkesan. Oleh kerana ramai pendidik masih menyesuaikan diri dengan peralihan ini, alat-alat yang terdapat dalam platform yang mudah dipelajari dan digunakan akan membolehkan para guru melaksanakan dasar-dasar pendidikan dengan mudah di dalam kelas maya,” tambah Shahrun.
Selain daripada manfaat kepada para pendidik dan pelajar, Muhammad Nuaim berkongsi bahawa pembelajarannya dalam hal ini dapat diterapkan pada aspek lain juga, seperti membantu kerja-kerja pentadbiran sekolah serta mendidik ibu bapa. Dia juga telah menerima permintaan dari guru sekolah lain untuk membantu dan membimbing usaha digital mereka juga.
“Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab atas pasukan HIPPO Olympiad Bahasa Inggeris Antarabangsa sekolah, saya gembira pembelajaran saya membolehkan saya mengekalkan konsistensi semasa saya melatih pelajar saya dan juga melaporkan kemajuan mereka kepada pengetua sekolah semasa pandemik ini. Tambahan lagi, saya gembira kerana guru-guru lain mendapat berita mengenai usaha saya di sini dan ini mendorong saya untuk lebih membantu mereka yang berada di luar sekolah saya juga,” tambah Nuaim.
Para guru yang berminat untuk mendaftar dalam program pensijilan Google for Education boleh melayari https://bit.ly/googledcp menggunakan ID ‘moe-dl.edu.my’ mereka untuk maklumat lanjut.
Untuk menonton siaran ulangan penuh Guru Pemangkin Transformasi Pendidikan livestream di saluran YouTube Google Malaysia, klik di sini.
Read More

Bersedia untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan Google dan YouTube
Kami berharap teknologi dapat membantu semua menikmati Sukan Olimpik ini dari jarak yang selamat pada tahun ini. Berikut adalah enam cara Google membawakan anda segala aksi dari Sukan Olimpik Tokyo 2020:
1. Ikuti perkembangan semasa (tanpa memeras keringat) dengan Google Search
Semasa anda mencari Sukan Olimpik, anda akan dapat mencari maklumat terkini mengenai acara, sukan dan pemain kegemaran anda, malah boleh juga melihat kedudukan negara dalam persaingan untuk mencapai pingat emas. Sekiranya anda tidak dapat mengikuti pertandingan secara langsung, jangan risau - anda boleh menonton video rangkuman harian atau melihat berita utama yang berkaitan dengan Sukan Olimpik. Untuk penggemar data, lihat halaman Trend kami untuk melihat statistik Search yang menyeronokkan bagi acara sukan kegemaran anda.
2. Luangkan masa dengan Doodle Champion Island Games
Ikuti aksi permainan Doodle interaktif terbesar kami, yang dibuat dengan kerjasama studio animasi Jepun, STUDIO 4 ° C. Klik pada Doodle untuk memasuki dunia permainan, sertai satu pasukan dan bersaing dengan juara bertahan papan luncur (skateboarding), ragbi, pendakian dan banyak lagi - semuanya dalam kegemilangan retro 16-bit. Nantikan kejutan istimewa dan pencarian sampingan semasa anda mengharungi Doodle Champion Island.

3. Cari sorotan penyiar rasmi (dan banyak lagi) di YouTube
Mulai 23 Julai, tontoni siaran langsung serta klip dan sorotan dari penyiar Olimpik rasmi di saluran YouTube mereka, termasuk Astro Arena, Stadium Astro, beIN SPORTS Asia, Marca Claro dan Eurosport. Terdapat banyak lagi yang boleh ditonton di saluran rasmi Olimpik di YouTube. Pada awal bulan ini, kami menambahkan kandungan berkaitan Olimpik di YouTube dengan siri YouTube Originals baharu "Strive," "How To Olympics," "Break the Record" dan dokumentari berdurasi panjang "World Debut" menjelang upacara pembukaan.
4. Biarkan Google Assistant membereskan kerja
Tertanya-tanya siapa yang menang? Tanya saja "Hey Google, siapa yang memenangi bola keranjang wanita di dalam sukan Olimpik?" Anda sokong negara tertentu? "Hey Google, berapa banyak pingat yang dimiliki Perancis dalam sukan Olimpik?" Anda juga boleh berkata, "Hey Google, beritahu saya satu fakta yang menyeronokkan mengenai permainan di Tokyo." Sama ada anda menggunakan telefon, pembesar suara, TV atau peranti lain yang diaktifkan, Google Assistant akan mempunyai semua butiran penting.
5. Ikuti perkembangan terkini dengan aplikasi Google Play
Jangan sesekali terlepas sebarang detik: Muat turun koleksi aplikasi kami termasuk aplikasi rasmi Olimpik, penyiar rasmi, organisasi berita, sosial, sukan dan permainan, serta kecergasan.
6. Terokai Jepun dengan Street View, Google Arts & Culture dan Translate
Walaupun anda tidak dapat menikmati acara ini secara semuka, anda boleh melakukan lawatan maya ke negara ini dengan Google Street View. Dari pergunungan yang diliputi salji dan pembentukan gua yang berkilauan hingga ke kota-kota yang penuh dengan sejarah dan budaya - anda dapat melihat kesemuanya tanpa meninggalkan kerusi anda. Anda boleh juga menerokai kraf tradisional Jepun dan makanan yang lazat; Umami Land akan sangat menyeronokkan terutamanya untuk para penggemar makanan. Selepas semua itu, anda mungkin akan mendapat ilham untuk belajar sedikit bahasa Jepun, dan di sini, Google Translate menyokong anda.
Selamat berjaya kepada semua atlet yang mengambil bahagian dan ayuh, kita mulakan acara sukan ini!

YouTube Shorts Tiba di Malaysia!
Masukkan teks di titik-titik tertentu dalam video anda
Masukkan kapsyen secara automatik dalam Short anda
Rakam hingga 60 saat dengan kamera Shorts
Masukkan klip dari galeri telefon anda dalam rakaman anda yang dibuat dengan kamera Shorts
Masukkan filter asas untuk membetulkan warna Shorts anda, dengan lebih banyak efek yang akan datang pada masa akan datang

Bawa keseronokan dengan YouTube Shorts - tambah teks, kapsyen, dan rakam hingga 60 saat dengan kamera Shorts. Anda juga boleh sampel audio daripada Shorts atau video-video lain di YouTube untuk diadun semula kepada ciptaan anda.
Ciri-ciri terbaharu juga termasuk kebolehan untuk sampel audio bukan sahaja daripada Shorts lain, tetapi juga video-video lain di YouTube -- ini termasuk berbilion video di seluruh dunia -- lantas membuka ruang permainan kreativiti baharu. Ini bermakna para pengguna boleh meletakkan kreativiti mereka sendiri pada kandungan yang mereka suka tontoni di YouTube dan membantu mereka dapatkan khalayak baharu - sama ada bereaksi terhadap lawak kegemaran mereka, mencuba resipi terbaharu seorang pencipta, atau melakonkan semula drama komedi. Para pencipta juga akan mendapat kawalan dan boleh memilih untuk tidak membenarkan orang lain adun semula sampel video berbentuk panjang mereka.
“Kami ingin menjadikan Shorts mudah dan seronok untuk dicipta,” kata Todd Sherman, Pengurus Produk Global YouTube Shorts.” Sambil kami terus membangunkan Shorts di samping pencipta dan artis kami, kami akan menambahkan lebih banyak ciri untuk dicuba oleh para pengguna,“ tambahnya lagi.
Memberikan pengalaman tontonan yang lancar di YouTube
Membantu para pengguna untuk mencari Shorts untuk dinikmati dan juga membantu mereka menemui para pencipta juga merupakan komponen penting dalam pengalaman produk ini. Oleh itu, sebelum mengumumkan peralatan ciptaan, kami telah memperkenalkan sebuah baris baharu di laman utama YouTube hanya untuk Shorts, melancarkan pengalaman menonton baharu yang membolehkan anda leret menegak dari satu video ke video yang lain. Tidak lama lagi, kami juga akan menambahkan sebuah tab Shorts untuk telefon mudah alih yang akan memudahkan para pengguna untuk menonton Shorts dengan hanya satu ketik.
Sehingga hari ini, pemain YouTube Shorts telah melepasi 6.5 bilion tontonan harian di seluruh dunia.
Shorts akan diintegrasikan kepada pengalaman YouTube yang sudah dikenali oleh para pengguna. Contohnya, jika seorang pengguna mendengar coretan lagu di Shorts, mereka boleh mencari lagu penuh dengan senang, menonton video muzik, atau mengenali artis tersebut dengan lebih lanjut - semua di YouTube.
Menyokong pencipta mudah alih
YouTube telah membantu sebuah generasi pencipta mengembangkan kreativiti mereka menjadi sebuah perusahaan sehingga menjadi syarikat media generasi yang seterusnya. Sejak tiga tahun yang lalu, kami telah membayar lebih $30 bilion kepada para pencipta, artis, dan syarikat media.
Dengan Shorts menjadi sebuah cara baharu untuk menonton dan mencipta di YouTube, syarikat tersebut telah melihat pelbagai cara untuk mengewangkan Shorts dan mengganjarkan para pencipta untuk kandungan mereka, termasuk Dana YouTube Shorts yang baru diumumkan, sebuah dana bernilai $100 juta yang diedarkan sepanjang 2021-2022.
"Kami tahu bahawa kami akan memerlukan masa untuk mendapatkan semuanya betul, dan kami baru sahaja bermula. Kami tidak sabar untuk anda mencuba Shorts dan membantu kami membina pengalaman video singkat yang bertaraf tinggi di YouTube,” kata Sherman.
Pencipta Malaysia berkongsi tentang YouTube Shorts
Untuk bercerita mengenai pengalamannya dengan alat baharu ini, Jenn Chia yang dikenali ramai sebagai ‘So, I’m Jenn’ berkata,
“Dalam beberapa tahun yang lalu, YouTube telah menjadi tempat dimana saya memuat naik kandungan yang mempunyai kualiti dan nilai produksi yang lebih tinggi. Saya berasa gembira kerana platform ini kini menyokong kandungan yang lebih pendek, ‘kurang nilai produksinya’, dan lebih spontan.”
Shorts Jenn bertajuk “Can’t believe he said this to me…” mengiringi barisan kandungannya yang lain, yang bertema gaya hidup, komedi, dan musik.
Cassidy La Creme, seorang artis rakaman dwibahasa yang menjadi terkenal dengan ‘cover’ lagu ‘Ombak Rindu’ nya turut sehaluan dengan Jenn dan berkata:
“Saya sungguh gembira dengan pelancaran YouTube Shorts! Ini adalah penyelesaian yang terbaik untuk membolehkan saya membawa penonton saya ke dalam ‘dunia’ saya tanpa perlu menghabiskan masa berjam-jam ke atas produksi dan penyuntingan. Saya rasa ini akan membolehkan mereka mengenali saya dengan lebih mendalam dan saya pula boleh berinteraksi dengan mereka melalui kandungan-kandungan yang baharu dengan lebih kerap.”
Dikenali sebagai ‘Marilyn Monroe Malaysia’ di kalangan peminatnya, Cassidy berharap untuk berkongsi bersama penontonnya sebuah pandangan jarak dekat kepada kehidupan seharian nya sambil dia bereksperimentasi dengan Shorts, seperti salah satu Shorts terawalnya - “Sayang, satu je awak tak ada…”
Adik beradik Jeii dan Gaston Pong daripada saluran 碰碰PongPong menyatakan rasa teruja kerana kini mempunyai cara yang baharu untuk mencipta dan berinteraksi dengan penonton mereka.
“Kami tidak sabar untuk mencipta kandungan yang lebih hebat daripada sebelumnya dengan ciri baharu ini! Kami kini mempunyai cara yang baharu untuk berhubung dengan khalayak dari serata dunia hanya menggunakan telefon pintar.”
Dengan gandingan bakat menyanyi, menari, menulis lagu, dan berlakon, Jeii dan Gaston baharu sahaja bermula dengan Shorts mereka yang pertama “Dancing in front of my brother…😈”
Jason, seorang pencipta kandungan gajet dan teknologi, lebih dikenali dengan nama Smashpop mendalami ciri Shorts yang digemarinya:
Saya gembira kerana YouTube telah memberikan kami sebuah lagi mod untuk mencipta kandungan yang membolehkan saya mempersembahkan kandungan gajet, ulasan, tip teknologi dan fotografi yang padat kepada penonton saya. Saya suka ciri ‘timeline’ (garis masa) di mana saya boleh melihat semua audio, video, dan teks di dalam format ‘timeline’. Ciri skrin hijau adalah cara yang mudah untuk saya membincangkan sesebuah gambar atau visualisasi cerita saya dan menjadi sebuah ciri yang berguna serta menyeronokkan untuk diguna!
Untuk pencipta kandungan teknologi seperti Jason, Shorts memberi mereka peluang untuk bertumpu kepada satu ciri yang boleh menjadi kandungan yang terpisah atau disambungkan untuk membentuk sebuah cerita yang mempunyai bahagian-bahagiannya yang tersendiri. Ini cara Jason melakukannya melalui Shorts-nya - “Smallest Wireless Mics in the World!”
Personaliti kesihatan dan gaya hidup, Linora Low rasa terdorong dengan jumlah tontonan yang mula dilihat video Shorts awalnya dan nampak sebuah cara baharu untuk mencabar dirinya sebagai sebuah pencipta kandungan.
“YouTube Shorts mencabar saya untuk melihat betapa cepatnya saya boleh memikirkan kandungan baharu setiap hari - dan ini menjadi sesuatu cabaran yang seronok bagi saya. Dengan pilihan untuk mencipta kandungan berbentuk singkat, saya boleh memastikan saluran saya terus berkembang. Secara keseluruhannya, saya suka Shorts!”
Dengan pilihan untuk mencipta video yang singkat, Linora mempunyai lebih banyak pilihan untuk menjadikan kesihatan itu sesuatu yang menyeronokkan untuk penontonnya - “7 Days of Coffee Squats” ditujukan kepada semua yang gemarkan kopi sebanyak mana mereka gemar senaman cangkung (squats).
Versi beta Shorts akan mula dilancarkan pada hari ini dan akan disediakan untuk semua dalam beberapa minggu akan datang.