Setiap hari, kami mempelajari tentang cara orang ramai menggunakan Gemini untuk menjadi lebih produktif, kreatif dan ingin tahu. Dan dengan kemas kini hari ini, Gemini semakin baik dalam membantu anda menyelesaikan tugasan tersebut dengan cara yang paling sesuai untuk anda.
Anda kini boleh mengakses 1.5 Flash dalam versi Gemini yang tidak berbayar untuk respons yang lebih pantas dan lebih berguna. Selain itu, kami memperkenalkan ciri baharu untuk menangani halusinasi dengan lebih lanjut, dan mengembangkan pengalaman Gemini untuk Remaja dan apl mudah alih kami ke lebih banyak saluran.
Respons yang lebih pantas dan lebih bijak dengan 1.5 Flash
Kami mendapat tahu bahawa salah satu sebab utama orang ramai gemar menggunakan Gemini adalah kerana ia menjimatkan masa. Sama ada anda menggunakan Gemini untuk menulis emel yang menarik atau nyahpepijat kod rumit, adalah penting untuk mendapatkan respons yang pantas dan berkualiti tinggi.
Hari ini kami menaik taraf pengalaman peringkat percuma kami kepada Gemini 1.5 Flash. Dengan Gemini 1.5 Flash, anda akan melihat peningkatan menyeluruh dalam kualiti dan kependaman, dengan peningkatan yang ketara dalam penaakulan dan pemahaman imej. Dan sama seperti kami meningkatkan tetingkap konteks dalam Gemini Advanced, kami menggandakan empat kali ganda kemampuan Gemini kepada 32K token. Ini bermakna anda boleh mengadakan perbualan bolak-balik yang lebih panjang dan bertanya kepada Gemini soalan yang lebih kompleks — semua secara percuma.
Untuk memanfaatkan sepenuhnya tetingkap konteks yang lebih besar, kami akan menambah keupayaan untuk memuat naik fail melalui Google Drive atau terus daripada peranti anda tidak lama lagi, yang pada masa ini telah tersedia dalam Gemini Advanced. Ini bermakna anda akan dapat melakukan perkara seperti memuat naik panduan pengajian ekonomi anda dan meminta Gemini untuk mencipta soalan latihan. Gemini juga tidak lama lagi akan dapat menganalisis fail-fail data untuk anda, membolehkan anda mendapatkan cerapan dan memvisualisasikannya melalui carta dan grafik.
Gemini 1.5 Flash kini tersedia untuk semua pengguna Gemini di web dan peranti mudah alih, dalam 40 bahasa dan lebih 230 negara dan wilayah.
Kandungan berkaitan dalam respons Gemini
Kami juga telah mendengar bahawa orang ramai suka meneroka topik baharu dengan Gemini sebagai rakan penyelidik mereka. Jadi kami kini memaparkan pautan ke kandungan berkaitan untuk prom carian fakta dalam Gemini – meneruskan kerja kami untuk mengurangkan halusinasi dan menjadikannya lebih mudah untuk meneroka tapak web yang membantu anda mengetahui lebih lanjut.
Mulai hari ini untuk prom bahasa Inggeris di negara tertentu, anda boleh mengakses maklumat tambahan ini tentang sesuatu topik secara langsung dalam respons Gemini. Cuma klik pada cip di penghujung perenggan untuk melihat tapak web di mana anda boleh menyelam lebih mendalam mengenai topik tertentu. Ini tidak terhad kepada tapak web: Jika respons Gemini merujuk maklumat yang ditemui menggunakan sambungan Gmail, anda juga akan melihat pautan ke emel yang berkaitan.
Ini juga dibina atas kerja kami untuk memerangi halusinasi. Selain pautan kandungan yang berkaitan, ciri semakan semula Gemini mengesahkan respons dengan menggunakan Carian Google untuk menentukan pernyataan yang disokong atau bercanggah di web. Untuk maklumat yang bercanggah, anda boleh menyelidik lebih mendalam untuk mengesahkan maklumat itu sendiri dengan mudah.
Ciri-ciri Gemini di lebih banyak tempat
Pada awal tahun ini, kami memperkenalkan keupayaan untuk bersembang dengan Gemini secara terus di dalam Google Messages pada peranti Android terpilih. Mulai hari ini, kami melancarkan Gemini secara beransur-ansur dalam Google Messages ke Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), UK dan Switzerland, dengan keupayaan untuk bersembang dalam bahasa yang baru ditambah seperti Perancis, Poland dan Sepanyol. Klik butang "Mulakan sembang" dalam Messages dan pilih Gemini untuk memulakan sumbang saran idea, merancang perjalanan dan banyak lagi — semuanya tanpa meninggalkan apl Google Messages.
Kami juga akan melancarkan apl mudah alih Gemini ke lebih banyak negara, supaya lebih ramai orang di seluruh dunia boleh mendapatkan bantuan daripada Gemini di mana sahaja.
Memperluas akses kepada Gemini untuk remaja
Pada minggu akan datang, kami akan mengembangkan akses Gemini kepada remaja di seluruh dunia, dalam lebih 40 bahasa. Para remaja yang memenuhi syarat umur minimum untuk mengurus Akaun Google mereka sendiri akan dapat mengakses Gemini untuk melakukan perkara seperti lebih memahami mata pelajaran sekolah, membuat persediaan untuk universiti atau mendapatkan bantuan bagi projek-projek kreatif.
Kami mahu mencipta peluang untuk individu remaja mendapatkan manfaat daripada semua AI generatif yang ditawarkan dan menyediakan mereka untuk masa hadapan di mana AI akan memainkan peranan yang lebih penting — semuanya di samping mengutamakan keselamatan dan memenuhi keperluan pembangunan mereka. Untuk membantu mereka menavigasi Gemini dengan yakin dan selamat, kami telah meletakkan dasar dan perlindungan tambahan, memperkenalkan proses penyesuaian khusus bagi remaja, dan menyertakan panduan celik AI untuk membantu remaja menavigasi AI secara bertanggungjawab. Kami juga telah bekerjasama dengan pakar keselamatan dan pembangunan kanak-kanak, termasuk MediaSmarts (Kanada), Miudos Seguros na Net (Portugal) dan Fad Juventud (Sepanyol), yang terus memberikan kepakaran dalam memenuhi keperluan unik remaja dan keluarga.
Cara kami mereka bentuk Gemini secara bertanggungjawab
Pembangunan Gemini sentiasa dipandu oleh komitmen terhadap tanggungjawab dan keselamatan pengguna. Sewaktu ia terus berkembang, kami berkongsi lebih banyak tentang cara kami mereka bentuk Gemini dan bagaimana ia bertindak balas. Anda kini boleh membaca tentang pendekatan kami terhadap Gemini, serta butiran lanjut tentang garis panduan dasar kami untuk lebih memahami cara kami menavigasi topik yang kompleks dan sensitif, termasuk respons kepada topik yang berkaitan dengan isu kepentingan awam dan kepercayaan politik, agama atau moral. Garis panduan ini, berdasarkan Prinsip AI kami, mencerminkan komitmen berterusan kami untuk membangunkan teknologi ini secara bertanggungjawab dan telus.
Nantikan lebih banyak berita mengenai Gemini yang akan datang di Made by Google. Sementara itu, mula berbual dengan Gemini hari ini untuk mencuba kemas kini ini.
Gemini’s big upgrade: Faster responses with 1.5 Flash, expanded access and more
Every day, we learn about how people are using Gemini to be more productive, creative and curious. And with today’s update, Gemini is getting better at helping you accomplish those tasks in ways that work best for you.
You can now access 1.5 Flash in the unpaid version of Gemini for faster and more helpful responses. Plus, we’re introducing a new feature to further address hallucinations, and expanding our Gemini for Teens experience and mobile app to more places.
Faster, smarter responses with 1.5 Flash
We’ve heard that one of the main reasons people enjoy using Gemini is because it saves time. Whether you’re using Gemini to write a compelling email or debug tricky code, it’s important to get fast, high-quality responses.
Today we’re upgrading our free-tier experience to Gemini 1.5 Flash. With Gemini 1.5 Flash, you’ll notice across-the-board improvements in quality and latency, with especially noticeable improvements in reasoning and image understanding. And just like we greatly expanded the context window in Gemini Advanced, we’re quadrupling Gemini’s to 32K tokens. That means you can have longer back-and-forth conversations and ask Gemini more complex questions — all free of charge.
To get the most out of the larger context window, we’ll soon add the ability to upload files via Google Drive or directly from your device, which has been available in Gemini Advanced. That means you’ll be able to do things like upload your economics study guide and ask Gemini to create practice questions. Gemini will also soon be able to analyze data files for you, allowing you to uncover insights and visualize them through charts and graphics.
Gemini 1.5 Flash is now available to all Gemini users on both web and mobile, in 40 languages and over 230 countries and territories.
Related content within Gemini’s responses
We’ve also heard that people enjoy exploring new topics with Gemini as their go-to research partner. So we’re now displaying links to related content for fact-seeking prompts in Gemini — continuing our work to reduce hallucinations and making it easier to explore websites that help you learn more.
Starting today for English language prompts in certain countries, you can access this additional information on topics directly within Gemini’s responses. Just click on the chip at the end of a paragraph to see websites where you can dive deeper on a certain topic. This isn’t limited to websites: If Gemini’s response references information found using the Gmail extension, you'll also see inline links to relevant emails.
This builds on our work to combat hallucinations. In addition to related content links, Gemini’s double-check feature verifies responses by using Google Search to highlight which statements are corroborated or contradicted on the web. For information that is contradicted, you can easily dive deeper to verify the information yourself.
Gemini features in more places
Earlier this year, we introduced the ability to chat with Gemini directly in Google Messages on select Android devices. Starting today, we’re gradually rolling out Gemini in Google Messages to the European Economic Area (EEA), UK and Switzerland, with the ability to chat in newly added languages like French, Polish and Spanish. Click the "Start chat" button in Messages and select Gemini to start brainstorming ideas, planning trips and more — all without leaving the Google Messages app.
We’re also rolling out the Gemini mobile app to more countries, so more people around the world can get help from Gemini on the go.
Expanded access to Gemini for teens
In the coming week, we’ll expand Gemini access to teenagers globally, in over 40 languages. Teens who meet the minimum age requirement to manage their own Google Account will be able to access Gemini to do things like better understand school subjects, prepare for university or get help with creative projects.
We want to create opportunities for teens to benefit from all generative AI has to offer and prepare them for a future where AI will play an even more central role — all while prioritizing safety and meeting their developmental needs. To help them navigate Gemini confidently and safely, we’ve put additional policies and safeguards in place, introduced a teen-specific onboarding process, and included an AI literacy guide to help teens use AI responsibly. We’ve also partnered with child safety and development experts, including MediaSmarts (CA), Miudos Seguros na Net (PT), and Fad Juventud (ES), who continue to provide expertise on meeting the unique needs of teens and families.
How we responsibly design Gemini
Gemini’s development has always been guided by a commitment to responsibility and user safety. As it continues to evolve, we’re sharing more about how we design Gemini and intend for it to respond. You can now read about our approach to Gemini, plus more details about our policy guidelines to better understand how we’re navigating complex and sensitive topics, including responses to topics related to public interest issues, and political, religious or moral beliefs. These guidelines, grounded in our AI Principles, reflect our ongoing commitment to developing this technology responsibly and transparently.
Look out for more Gemini news coming at Made by Google. In the meantime, start chatting with Gemini today to try out these updates.