Ikuti aksi perlawanan dengan Search

Sama ada anda peminat kasual, peminat bola sepak tegar atau baru berjinak-jinak, kami sedia membantu anda! Bagi penyediaan untuk kejohanan, cari “Piala Dunia” dan ikuti pasukan kegemaran anda. Cuma klik pada loceng di penjuru kanan sebelah atas sekiranya memilih untuk menerima notifikasi tentang skuad anda. Kami tahu para peminat yang terbaik sangat mengambil berat tentang butiran seperti siapa yang mendominasi permainan hantaran. Kini, apabila anda mencari suatu perlawanan, anda akan dapat melihat statistik yang mendalam, kebarangkalian untuk menang dan garis masa penting acara tersebut.

Tangkapan skrin halaman hasil Search yang memaparkan kebarangkalian menang dan statistik untuk perlawanan

Tidak sempat menyaksikan setiap minit bagi setiap perlawanan? Sematkan skor pada telefon Android anda supaya anda boleh melihatnya dengan mudah walaupun semasa anda dalam perjalanan. Menggunakan apl Google Android anda atau daripada Search pada pelayar peranti mudah alih, hanya ketik padanan yang anda mahu jejak dan seret untuk menyematkan skor di mana-mana sahaja pada skrin anda! 

Gif seseorang yang menyematkan skor perlawanan bola sepak pada skrin mereka

Anda juga boleh menyaksikan semua detik "ooh", "ahh'' dan "GOOOLLL" yang mungkin anda terlepas dengan video ringkasan harian terus di Search daripada FIFA+ dan penyiar rasmi termasuk beIN Sports, BBC, ZDF dan banyak lagi. Selami lebih dalam dan cari atlet kegemaran anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah dan pencapaian mereka.

Tangkapan skrin halaman hasil Search untuk pertanyaan perlawanan piala dunia yang memaparkan sorotan video permainan individu dan imbasan video keseluruhan untuk hari pertama 

Tidak kira pemain atau pasukan mana yang anda minati, bola sepak adalah mengenai komuniti dan sedikit persaingan yang mesra. Apabila anda mencari pemain di Search, anda akan dapat menilai pemain berdasarkan bagaimana anda rasa mereka akan beraksi dan melihat bagaimana cara penilaian itu berdiri di antara yang lain. Tidak lama lagi anda juga boleh bersaing dengan para peminat lain dalam permainan video dalam talian berbilang pemain kami. Semua orang dari seluruh dunia akan bekerjasama untuk membantu pasukan mereka menjaringkan gol terbanyak untuk menang. Setelah perlawanan sebenar ditetapkan, pilih pasukan anda dan bekerjasama dengan para peminat lain untuk menjaringkan gol maya terbanyak sebelum perlawanan tamat.

Gif permainan pemarkahan interaktif di mana anda bersaing dengan para pemain dari seluruh dunia untuk mencuba dan menjaringkan seberapa banyak gol yang anda boleh

Dapatkan kandungan menarik daripada Piala Dunia FIFA™ 2022 di YouTube
Terdapat lebih banyak cara untuk menonton detik terbesar sepanjang kejohanan tersebut di YouTube. Peminat Piala Dunia di seluruh dunia boleh mengikuti dan menonton semula detik paling menarik dalam setiap perlawanan di YouTube melalui FIFA dan saluran siaran rasmi. Dan hidupkan semula dan bereaksi kepada detik Piala Dunia kegemaran anda menggunakan ciri Remix dalam Shorts. Pastikan anda turut serta dengan menggunakan #ShortsFIFAWorldCup dan sertai keseronokan dengan menggunakan hashtag ini apabila anda memuat naik kandungan anda sendiri.

Temui tempat baharu untuk menyaksikan perlawanan

Mahu menyaksikan perlawanan dengan para peminat lain? Label baharu untuk perniagaan di Search telah dilancarkan lebih awal daripada perlawanan dan membantu anda berbuat sedemikian. Pemilik perniagaan harus menyemak peraturan tempatan terlebih dahulu untuk memaparkan acara sukan kepada orang ramai sebelum menggunakan label baharu tersebut. 

Imej statik restoran yang mempunyai label perniagaan “Showing the World Cup” tertera di Search

Kira detik dengan Wear OS
Jangan terlepas sebarang perlawanan dengan jam tangan Wear OS oleh Google anda. Anda boleh menyemak rancangan tontonan perlawanan anda daripada kalendar anda dalam apl Agenda dan meminta Google untuk menetapkan peringatan bagi perlawanan akan datang. Dan dengan Hublot Big Bang e Piala Dunia FIFA Qatar 2022™, jam tangan bersambung yang dikuasakan dengan Wear OS, anda boleh memakai jam tangan yang sama yang dipakai oleh semua pengadil rasmi dalam Piala Dunia. Semasa kejohanan, anda boleh mendapatkan maklumat berguna sebelum perlawanan, seperti barisan pasukan dan profil para pemain. Jam tangan juga akan menyala dan memberikan notifikasi jika pasukan menjaringkan gol, supaya anda tidak akan terlepas sebarang gol!

Detik pengiraan sepak mula Piala Dunia kini sudah berakhir! Untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang detik penting, berikut ialah ciri-ciri baharu yang akan membantu anda mengikuti perkembangan terkini ketika 32 negara sedang bersaing untuk memenanginya.
 
Dalam minggu-minggu akan datang, rakyat Malaysia akan keluar mengundi dalam pilihan raya umum ke-15 negara. Untuk menyokong proses demokrasi ini, kami komited untuk membantu rakyat Malaysia mengambil bahagian dan kekal bermaklumat, melindungi integriti pilihan raya dan menyokong organisasi berita dengan alat-alat untuk pelaporan pilihan raya.

Memberikan para pengundi maklumat yang mereka perlukan

Menjelang pilihan raya tersebut, kami tahu bahawa rakyat Malaysia memerlukan maklumat yang membantu dan relevan untuk membantu mereka mengemudi proses pilihan raya. Kami telah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan Undi18 untuk melancarkan sebuah tapak sehenti yang dipanggil Undi Negaraku di undinegaraku.org. Ia adalah platform pendidikan pengundi dalam talian di mana individu dapat mencari sumber-sumber untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi pilihan raya. Dengan lebih 5 juta pengundi kali pertama di Malaysia pada tahun ini, kami mahu melakukan bahagian kami untuk membantu mereka mendapat akses kepada maklumat yang boleh dipercayai dan berguna semasa mereka mengemudi pilihan raya pertama mereka. Dengan penembusan internet yang begitu tinggi di kalangan pengundi muda, mereka barangkali akan merujuk sumber dalam talian untuk mencari maklumat tentang siapa yang hendak diundi.

Bekerjasama dengan industri berita untuk melindungi maklumat pilihan raya dalam talian

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), melalui Pusat Penyelidikan Media & Komunikasi, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, telah melancarkan JOMCHECK MALAYSIA (JOMCHECK), kerjasama semakan fakta pertama negara yang dilancarkan untuk mengekang maklumat salah berkaitan pilihan raya, disokong oleh Google News Initiative.

Ia merupakan perikatan akademi-media-masyarakat sivil yang pertama seumpamanya di Malaysia, menghimpunkan pelbagai sektor dalam usaha memerangi maklumat salah. Walaupun ahli akademik dan media boleh berganding bahu dalam membantu pemeriksaan fakta, masyarakat awam boleh membantu menyebarkan kesedaran tentang maklumat yang tepat. Usaha ini memerlukan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat yang lebih baik.

Ia merupakan tambahan kepada Siri Bengkel Pilihan Raya Malaysia yang dianjurkan oleh UKM yang bertujuan untuk memperkasa wartawan Malaysia dengan pengetahuan dan alat untuk pelaporan pilihan raya yang berkesan, disokong oleh Google News Initiative. Lebih daripada 260 wartawan telah mengambil bahagian dalam sesi latihan ini yang diketuai oleh pakar industri. Di tapak web kami, para wartawan boleh mengakses bengkel pengesahan digital percuma, dan melengkapkan diri mereka dengan pelbagai alat dan teknik untuk membuat liputan pilihan raya. Untuk menonton ulang tayang bengkel, klik di sini.

Kami juga sedang bekerjasama dengan para wartawan dan penerbit berita untuk memelihara keselamatan platform dalam talian yang mereka gunakan. Program Perlindungan Lanjutan, tahap keselamatan akaun kami yang paling kukuh untuk mereka yang memerlukannya, tersedia secara percuma kepada mereka. Begitu juga dengan Project Shield, perkhidmatan percuma yang menggunakan teknologi Google untuk melindungi tapak berita daripada erangan penafian perkhidmatan teragih (DDoS) di web. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai Project Shield di sini.

Untuk memudahkan para wartawan mencari data Search dan trend untuk cerita mereka, Google telah melancarkan halaman pilihan raya umum Google Trends Malaysia, sebuah alat yang memaparkan pertanyaan dan topik teratas. Meskipun halaman ini bukan sebuah halaman tinjauan, dan ia tidak mencerminkan niat para pengundi, ia menawarkan cerapan berkaitan topik dan individu tertentu yang dicari orang ramai di Google sepanjang tempoh pilihan raya.

Menangani maklumat salah pada platform-platform Google

Menerusi dasar Google Ad dan Garis Panduan Komuniti YouTube, kami membantu memastikan agar semua orang memahami amalan terbaik digital dan tanggungjawab mereka semasa pilihan raya. Kami mempunyai dasar berkaitan maklumat salah - termasuk maklumat salah pilihan raya, maklumat salah perubatan COVID-19 dan maklumat salah vaksin - di kesemua platform kami. Untuk lebih banyak petua tentang pengesahan maklumat dalam talian, baca catatan blog kami di sini.

Di YouTube, kami telah banyak melabur dalam sebuah rangka kerja yang kami panggil 4Rs of Responsibility sepanjang lima tahun yang lalu. Dengan bantuan pembelajaran mesin dan pengulas terlatih, kami mengalih keluar kandungan yang melanggar garis panduan kami tepat pada masanya, menampilkan sumber berwibawa dan mengurangkan penyebaran kandungan bermasalah. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang pendekatan YouTube terhadap maklumat salah di sini atau membaca lebih lanjut daripada Neal Mohan, Ketua Pegawai Produk, YouTube, tentang perkara seterusnya dalam usaha maklumat salah kami di sini.

Orang ramai boleh melaporkan kandungan yang mereka percaya melanggar dasar kami, termasuk mengenai pengiklanan dan maklumat salah di sini. Aduan undang-undang hendaklah dibuat di g.co/legal.

Kami sentiasa memikirkan tentang proses pilihan raya dan cara kami boleh meningkatkan sokongan kami terhadap proses demokrasi di seluruh dunia, termasuk membantu menghubungkan orang ramai kepada maklumat berkaitan pilihan raya yang berguna dan berkaitan serta berusaha untuk melindungi maklumat pilihan raya dalam talian.

Dengan pembayaran tanpa tunai yang semakin menjadi pilihan untuk pengalaman yang lancar, Google berasa teruja untuk mengumumkan bahawa Google Wallet kini tersedia di Malaysia. Google Wallet menawarkan pengalaman pembayaran yang lebih selamat, mudah dan lebih membantu kepada orang ramai serta menyokong item-item digital seperti pas masuk. Untuk bermula, muat turun Google Wallet daripada Gedung Google Play sekarang.

“Berdasarkan laporan e-Conomy SEA 2022, pembayaran digital semakin popular dan dijangka mencecah hampir $200B dalam nilai transaksi kasar di Malaysia menjelang 2025. Dengan jutaan rakyat Malaysia kini menggunakan telefon mereka setiap hari untuk membuat pembayaran, Google teruja untuk membawa Google Wallet ke Malaysia,” kata Marc Woo, Pengarah Urusan, Google Malaysia. “Dengan Google Wallet, rakyat Malaysia boleh mengetik untuk membayar di kedai atau membuat pembayaran dalam talian dengan lancar. Mereka juga boleh mengakses pas masuk mereka dengan mudah apabila mereka keluar untuk percutian akhir tahun mereka. Google Wallet membantu memastikan segala-galanya dilindungi di satu tempat, tidak kira kemana anda pergi."

Dari kiri ke kanan: Daniel Cheong, Ketua Perbankan Pengguna, CIMB Bank; Tee Chui Chee, Pengurus Besar - Perkhidmatan & Sokongan Kad, Public Bank; Hanif Yaakob, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Mastercard Malaysia; Nick Drew, Ketua Kewangan dan Perjalanan, Google Malaysia; Ong Shi Jie, Ketua Pembayaran, Hong Leong Bank; Clarice Yao, Ketua Pembangunan Perniagaan, Visa Malaysia; and, Mohamed Galal, Timbalan Ketua Pegawai Teknologi, AirAsia.

Mulai hari ini, pemegang kad CIMB Bank (kad kredit Mastercard), Hong Leong Bank (kad kredit dan debit Visa dan kad kredit Mastercard), Hong Leong Islamic Bank (kad debit Mastercard) dan Public Bank (kad kredit dan debit Visa) akan dapat menambahkan kad mereka pada Google Wallet. HSBC (kad kredit Visa dan Mastercard) dan HSBC Amanah (kad kredit Visa dan Mastercard) akan tersedia dalam bulan akan datang

Kad-kad bayaran dari Google Wallet dapat digunakan untuk membayar secara dalam talian atau dalam apl untuk jenama-jenama seperti Airbnb, Al-Ikhsan Sports, Applecrumby, Eat Cake Today, Shopee, atau di mana sahaja terdapatnya butang Google Pay.

Bagi mereka yang akan bercuti akhir tahun, selain mengetik untuk membayar perjalanan menaiki kereta api ke lapangan terbang, mereka juga boleh menambah pas masuk dari AirAsia dan dalam bulan-bulan akan datang, juga dari Malaysia Airlines. Dengan pas-pas masuk dalam Google Wallet, mereka akan dimaklumkan tentang perubahan pada masa berlepas dan perubahan pintu masuk untuk memastikan mereka boleh melalui pintu masuk di lapangan terbang. Tambahan pula, mereka akan dapat mengetik dan membayar dengan cara yang selamat menggunakan Google Wallet semasa perjalanan ke luar negara* mereka, tanpa memerlukan kad fizikal mereka.

*Kad bank perlu didayakan untuk transaksi rentas sempadan

Menggunakan Google Wallet adalah mudah

Jika anda sudah mempunyai kad kredit atau debit yang disimpan ke akaun Google anda, ia akan dipaparkan secara automatik dalam Google Wallet; anda hanya perlu menyediakannya untuk pembayaran tanpa sentuh dengan mengikuti langkah-langkah pada skrin. Jika anda tidak mempunyai kad yang tersimpan dan ingin menambahkan kad baharu pada Wallet, ketik “Tambahkan kad” dalam karusel di bahagian atas halaman dan anda akan digesa untuk menyemak dan menerima terma dan syarat pengeluar sebelum menggunakannya. Sebaik sahaja anda menerima dan mengesahkan maklumat kad anda, kad akan diberi token dan sedia untuk digunakan dalam Google Wallet.

Menambah item-item digital seperti pas masuk ke Google Wallet adalah sama mudahnya dan selalunya boleh dilakukan dengan beberapa ketikan. Sebagai contoh, selepas membeli tiket penerbangan daripada apl Super App airasia, anda akan melihat butang berlabel "Tambah pada Google Wallet" yang akan membuat versi digital pas masuk dalam Google Wallet anda.

Menggunakan Google Wallet adalah selamat

Privasi dan keselamatan merupakan asas Google Wallet - ia memberikan anda semua keselamatan telefon Android anda dan ia termasuk tokenisasi standard industri. Apabila anda menggunakan Google Wallet, urus niaga dibuat menggunakan nombor kad ganti (token), yang khusus kepada peranti anda dan dikaitkan dengan kod keselamatan dinamik yang berubah dengan setiap transaksi.

Bank-bank juga perlu mengesahkan pemegang kad sebelum anda boleh menambahkan kad pada telefon anda, dan anda boleh menetapkan kunci skrin supaya orang yang tidak dikenali tidak dapat mengakses kandungan pada peranti anda. Jika telefon anda hilang atau dicuri, anda boleh menggunakan fungsi "Cari Peranti Saya" untuk mengunci peranti anda dengan serta-merta dari mana-mana sahaja, selamatkannya dengan kata laluan baharu, malah menghapuskan maklumat peribadi dan butiran kad pembayaran anda dari peranti tersebut.

Kami juga ingin memberikan ketelusan dan kawalan tentang cara maklumat diurus, dan anda boleh mengemas kini tetapan ini daripada apl Google Wallet atau pada komputer anda di myactivity.google.com/product/wallet.

Muat turun Google Wallet di Gedung Google Play hari ini.

Google Play Games kini tersedia untuk PC

*Tertakluk kepada ketersediaan permainan dan keserasian PC.

Pada awal tahun ini, kami mengumumkan bahawa Google Play Games akan hadir ke PC sebagai pengalaman beta kepada sebilangan pasaran yang terhad. Matlamat kami adalah untuk mengumpulkan maklum balas awal supaya kami boleh terus menambah baik produk tersebut agar dapat memenuhi keperluan pemain dan pembangun di seluruh dunia. Pada bulan Ogos, kami mengembangkan produk tersebut kepada lebih ramai pemain di Korea, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan Australia. Semenjak itu, kami telah menambah beberapa ciri dan menurunkan keperluan spesifikasi minimum bagi PC. Mulai hari ini, kami teruja untuk menjadikan Google Play Games beta tersedia untuk dimuat turun kepada semua pemain di Malaysia di samping AS, Kanada, Mexico, Brazil, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Google Play Games kini tersedia untuk dimuat turun di Malaysia di samping AS, Kanada, Mexico, Brazil, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Beberapa bulan kebelakangan ini, perkembangan katalog Google Play Games kami telah semakin pesat dengan lebih banyak permainan mudah alih popular termasuk 1945 Air Force, Blade Idle, Cookie Run: Kingdom dan Evony: The King’s Return. Kesemua permainan video ini dan berpuluh-puluh lagi boleh dimainkan pada PC Windows melalui aplikasi kendiri yang dibina oleh Google.

Matlamat kami yang lebih luas adalah untuk terus bertemu pemain di mana mereka berada dan memberikan akses kepada permainan video mereka pada seberapa banyak peranti yang mungkin. Para pemain yang mengambil bahagian dalam versi beta telah menyuarakan keterujaan mereka kerana dapat bermain permainan video kegemaran mereka dengan lancar merentas telefon, tablet, Chromebook dan PC mereka. Selain itu, sejak dilancarkan pada awal tahun ini kami telah membuat kemajuan yang ketara untuk menjangkau lebih ramai pemain dengan mengurangkan keperluan spesifikasi minimum untuk PC yang menjalankan Windows 10+ dengan kad grafik bersepadu dan teras CPU 4+.

Penyegerakan lancar merentas peranti yang dilog masuk

Kami sangat teruja untuk mengembangkan platform kami ke lebih banyak pasaran untuk para pemain menikmati permainan video kegemaran mereka di Google Play. Sambil kami berusaha untuk membangunkan keluaran versi penuh, kami akan terus menambah ciri baharu dan menilai maklum balas pembangun dan pemain. Bagi mendaftar untuk pengumuman akan datang, atau untuk mengakses versi beta, sila pergi ke g.co/googleplaygames. Jika anda seorang pembangun permainan Android yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Google Play Games, sila nyatakan minat di tapak pembangun kami. Kami akan mempunyai lebih banyak untuk dikongsi tentang keluaran beta di masa hadapan dan ketersediaan serantau tidak lama lagi.

Windows ialah tanda dagangan kumpulan syarikat Microsoft.

Tajuk permainan video mungkin berbeza mengikut negara.