Lihat kembali pada tahun 2012: “Terukir Di Bintang” merupakan salah satu lagu teratas di carta muzik tempatan dan “mod e-dompet” belum lagi menjadi suatu pilihan transaksi. Android — dengan misinya untuk menjadikan pengkomputeran mudah alih boleh diakses oleh semua orang, walau di mana-mana — baru sahaja berusia beberapa tahun ketika itu.

Pada tahun itu, kami membuka pintu (digital) Google Play. Sedekad kemudian, lebih 2.5 bilion orang di lebih 190 negara menggunakan Google Play setiap bulan untuk carian apl, permainan video dan kandungan digital. Dan lebih daripada 2 juta pembangun bekerjasama dengan kami untuk membina perniagaan mereka dan menjangkau orang ramai di seluruh dunia, dan ini termasuk pembangun Malaysia seperti pencipta permainan Masketeers: Idle Has Fallen, Desmond Lee dan Jenn-Yu Lim. Untuk menyambut ulang tahun ke-10 Google Play, berikut merupakan 10 peristiwa penting dan ciri kegemaran kami sepanjang sedekad yang lepas:

  1. Cara baharu untuk menikmati apl dan permainan: Produk dan ciri seperti Google Play Pass dan Google Play Instant telah memperkenalkan cara baru untuk menemui dan mengalami apl serta permainan. Kami juga melancarkan Google Play Points supaya anda boleh memperoleh mata dan ganjaran dengan menggunakan Google Play. Sehingga hari ini, lebih 100 juta orang telah menyertai program ini.

  2. Permainan pada lebih banyak peranti: Kami menetapkan matlamat untuk menjadikan produk dan perkhidmatan kami berfungsi lebih baik bersama-sama. Tahun lepas, kami mengumumkan Google Play Games untuk PC secara beta di Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan — membolehkan permainan mudah disegerakkan merentasi telefon dan tablet Android, Chromebook dan komputer Windows anda.

  3. Sambutan untuk apl dan permainan kegemaran anda: Anugerah Terbaik Tahunan kami meraikan apl, permainan dan kandungan lain yang popular di Google Play. Selama beberapa tahun, kami telah mengembangkannya ke 19 negara dan menambah kategori baru seperti "Best Hidden Gems" (Permata Tersembunyi) dan “Best Apps for Good” (Apl Terbaik untuk Kebaikan). Kami juga memperkenalkan Anugerah Pilihan Pengguna supaya anda boleh mengundi aplikasi kegemaran anda dan mengiktiraf pembangun yang menghasilkan apl dan permainan yang anda gemari.

  4. Ruang yang selamat dan dipercayai: Google Play Protect, perlindungan perisian hasad kami yang terbina dalam Android, kini mengimbas dan mengesahkan lebih 100 bilion apl setiap hari untuk membantu memastikan peranti, data dan apl anda selamat. Dan pada awal tahun ini, kami melancarkan bahagian keselamatan Data baharu di mana pembangun dikehendaki memberikan lebih maklumat tentang bagaimana apl mereka mengumpul, berkongsi dan melindungi data.

  5. Bantuan untuk pembangun dari semua saiz: Setiap langkah, kami telah melabur dalam membantu komuniti pembangun kami mengembangkan perniagaan mereka — termasuk menyediakan perundingan perniagaan dan teknikal serta menyokong pembangun tempatan melalui usaha seperti program Indie Games kami. Lawati Blog Pembangun Android untuk membaca lebih lanjut tentang perjalanan kami bersama komuniti pembangun kami sepanjang dekad yang lalu.

  6. Sokongan untuk badan bukan berasaskan keuntungan: Anda boleh membuat derma amal melalui Google Play dan juga menggunakan Play Points anda untuk tujuan bantuan kebajikan, di mana 100% sumbangan anda disalurkan terus kepada badan bukan berasaskan keuntungan.

  7. Perwakilan yang lebih kukuh dalam permainan: Melalui penyelidikan, penglibatan belia dan perkongsian, inisiatif Change The Game oleh Google Play meraikan dan memperkasakan wanita sebagai pemain dan pencipta kandungan. Kami telah banyak mengambil ilham terutamanya dari kreativiti dan bakat peserta Cabaran Reka Bentuk selama beberapa tahun ini.

  8. Sumber untuk ibu bapa: Tab Kanak-kanak dalam Google Play membantu ibu bapa mencari dengan mudah dan memilih apl yang diluluskan oleh para guru, manakala Google Kids Space — mod kanak-kanak yang terdapat di beberapa tablet Android — menampilkan apl, buku dan video untuk diterokai oleh anak-anak anda. Family Link juga memberi ibu bapa alatan yang mereka perlukan untuk terus melibatkan diri dan membantu menguruskan pengalaman dalam talian anak-anak mereka.

  9. Pelaburan dalam ekonomi tempatan: Kerjasama dengan komuniti pembangun kami telah membantu dalam membawakan apl dan permainan yang lebih baik kepada orang ramai di seluruh dunia, mencipta pekerjaan baru dan menyokong ekonomi tempatan. Malah, di Amerika Syarikat sahaja, Google Play dan Android telah membantu mewujudkan lebih 2 juta pekerjaan.

  10. Wajah baharu: Untuk menyempurnakan dekad ini, kami memperkenalkan logo baharu yang lebih mencerminkan keajaiban Google dan sepadan dengan penjenamaan yang dikongsi oleh kebanyakan produk-produk berguna kami — Search, Assistant, Photos, Gmail dan banyak lagi.

Terima kasih kepada komuniti Google Play dan pembangun kami selama 10 tahun bersama. Ahli Play Points boleh mendapat 10x mata untuk semua pembelian dengan mengaktifkan penggalak mata. Tarikh permulaan rasmi adalah berbeza mengikut negara — sila lawati tab “Earn” di Play Points Home apabila ia tersedia kelak untuk mengetahui lebih lanjut.

  • Kini, Sijil Kerjaya Google tersedia kepada semua rakyat Malaysia melalui program Gemilang untuk menambah kemahiran teknologi dalam 6 bidang - analisis data, sokongan IT, automasi IT, pengurusan projek, Reka Bentuk UX dan pemasaran digital & e-dagang

  • Google akan menawarkan 31,000 biasiswa Sijil Kerjaya Google menerusi enam rakan tempatan, termasuk institusi pendidikan, rakan industri dan organisasi bukan berasaskan keuntungan untuk mendapatkan sijil tanpa kos.

  • Google telah membentuk sebuah konsortium majikan untuk menghubungkan para pencari kerja dari program Gemilang dengan bakal majikan yang mengiktiraf kelayakan tersebut.

Google telah melancarkan program latihan digital terbaharunya, Gemilang, pada hari ini, yang menawarkan perjalanan pembelajaran yang fleksibel kepada semua rakyat Malaysia. Ini termasuk Sijil Kerjaya Google dan ia membolehkan para pelajar untuk membangunkan ilmu mereka serta memperoleh kemahiran digital untuk pekerjaan yang ​​mendapat permintaan tinggi. Dalam misi untuk Majukan Malaysia Bersama, Google juga telah mengukuhkan komitmennya untuk membolehkan ekonomi digital yang saksama dan inklusif dengan menawarkan 31,000 biasiswa melalui rakan kongsi tempatan, yang terdiri daripada institusi pendidikan, rakan industri dan organisasi bukan berasaskan keuntungan.

Menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), jawatan kosong digital Malaysia telah meningkat hampir tiga kali ganda pada April tahun lepas, namun laporan PWC menunjukkan bahawa 88% daripada rakyat Malaysia yang dikaji bersedia untuk mempelajari kemahiran baharu atau melatih semula sepenuhnya supaya mereka akan mudah mendapat pekerjaan pada masa hadapan. Sebuah laporan daripada Inisiatif Penyelidikan Sosial & Ekonomi (SERI) menunjukkan bahawa kemahiran digital yang mempunyai permintaan paling tinggi dalam negara ini termasuk analisis data besar, pemasaran digital, dan kecerdasan buatan. Tambahan lagi, sebuah laporan dari AlphaBeta mendapati bahawa jika digunakan sepenuhnya, teknologi digital boleh menghasilkan sehingga USD257.2 bilion dalam nilai ekonomi setiap tahun di Malaysia menjelang 2030.

Marc Woo, Pengarah Urusan Google Malaysia berkata, “Untuk memastikan pertumbuhan ekonomi digital dapat menyokong seramai mungkin rakyat Malaysia, kita komited untuk meyokong sebuah ekosistem digital yang lebih saksama dan inklusif. Sebuah ekosistem yang dibina untuk setiap rakyat Malaysia, and ini merupakan sebuah visi yang tidak boleh dilakukan secara sendirian. Kami di Google Malaysia, bersama rakan-rakan kami, ingin memberi peluang mendapat kemahiran digital untuk memanfaatkan semua rakyat Malaysia dari semua latar belakang. Melalui Gemilang, lagi ramai rakyat Malaysia akan dapat mengakses peluang latihan, mempelajari kemahiran baharu, mencari pekerjaan dan membina kerjaya mereka dalam ekonomi digital ini sambil ia berkembang.”

Pelancaran Gemilang

Disediakan pada platform pendidikan dalam talian, Coursera, Sijil Kerjaya Google merupakan program latihan dalam talian serba serbi yang membolehkan pelajar yang tidak mempunyai sebarang pengalaman atau ijazah untuk membuka peluang pekerjaan baharu dalam 6 bidang - analisis data, sokongan IT, automasi IT, pengurusan projek, Reka Bentuk UX dan pemasaran digital & e-dagang. Setiap sijil dicipta oleh pakar-pakar Google dan direka untuk melengkapkan para pelajar dengan kemahiran asas melalui pembelajaran ‘hands-on’, membolehkan mereka maju mengikut kadar mereka sendiri sambil belajar atau bekerja.

Haziq, Ketua Pegawai Eksekutif REKA menjalankan perniagaannya sepenuh masa dan mendapati bahawa beliau berpeluang untuk mengembangkan perkhidmatannya kepada sokongan IT. Haziq baru-baru ini melengkapkan Sijil Kerjaya Google untuk Sokongan IT dan kini menggunakan set kemahiran baharunya untuk membantu pelanggan membina keupayaan IT dalaman mereka.

“Saya telah bekerja dalam industri teknologi lebih daripada 11 tahun. Pada masa ini, saya sedari bahawa banyak syarikat bergelut dengan menyelesaikan masalah IT dan sebahagian besar daripadanya berpunca daripada kekurangan pengetahuan IT teknikal. Jadi, saya ingin mencari kursus yang akan membantu saya berkomunikasi dengan para pelanggan dan membantu mereka menyelesaikan isu IT dalaman mereka. Di situlah saya menemui Sijil Kerjaya Google untuk Sokongan IT. Selepas menamatkan kursus tersebut, saya kini boleh menawarkan latihan percuma kepada pelanggan saya, membolehkan mereka meningkatkan keupayaan sokongan IT dalaman mereka,” kata Haziq, Ketua Pegawai Eksekutif REKA pada taklimat akhbar hari ini.

Untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memanfaatkan Sijil Kerjaya Google, Google akan menawarkan biasiswa kepada 31,000 pelajar untuk memperoleh sijil tanpa kos. Google akan bekerjasama dengan institusi pendidikan termasuk Mereka Academy, rakan industri termasuk Celcom Axiata Berhad (Celcom) dan Trainocate dan organisasi bukan berasaskan keuntungan termasuk Girls in Tech, Malaysian Digital Association, Women in Tech dan Yayasan Tunku Abdul Rahman untuk mengedarkan biasiswa tersebut.

Akhir sekali, Google akan bekerjasama dengan rakan universiti, seperti Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk menawarkan kurikulum Google Cloud kepada pelajar pengajian tinggi untuk menyediakan mereka untuk dunia yang mengutamakan awan.

Google telah membentuk sebuah konsortium majikan untuk menghubungkan graduan dari Gemilang dengan majikan yang mengiktiraf kelayakan tersebut dan kemahiran digital. Ahli semasa konsortium, selain Google, termasuk Amanz, Carsome, Fave Asia, IPG Mediabrands, Jirnexu, Maybank, McDonald's Malaysia, Omnicom Media Group (OMG), PETRONAS, Rev Media Group, The Star Media Group, The Lorry, Storehub, dan Astro AWANI.

Tambahan pula, Google terus membantu pemilik perniagaan mengembangkan perniagaan mereka dalam talian melalui Google Primer, aplikasi mudah alih percuma yang menawarkan pelajaran yang mudah difahami dan interaktif dalam masa lima minit.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gemilang, sila kunjungi laman web ini.

Organisasi berita di Malaysia dan seluruh rantau Asia Pasifik merupakan peneraju inovasi dalam cara-cara berinteraksi bersama pembaca dan meneroka model perniagaan baharu. Kami telah melihat perkara ini secara langsung, bekerjasama dengan rakan kongsi di seluruh negara dan mendengar idea-idea hebat untuk menggalakkan industri berita yang lebih mampan.

Untuk menyokong inovasi ini, hari ini kami mengumumkan Google News Initiative (GNI) Innovation Challenge Asia Pasifik yang ketiga, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyokong industri berita. Permohonan adalah dibuka sehingga 23 Ogos kepada organisasi berita daripada semua lapisan saiz untuk projek-projek yang tertumpu kepada inovasi di dalam industri berita. 

Bagaimana Innovation Challenge berfungsi

GNI Innovation Challenge Asia Pasifik adalah terbuka kepada organisasi berita daripada semua lapisan saiz yang bertujuan untuk menghasilkan kewartawanan asli dengan projek-projek yang memberi fokus kepada inovasi untuk mewujudkan sektor berita yang lebih mampan dan pelbagai. Projek tersebut akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria, termasuk: kesan terhadap komuniti berita, inovasi, kebolehlaksanaan dan kesediaan untuk berkongsi pengetahuan. Pemohon hendaklah berpusat di rantau Asia Pasifik dan mempunyai tempat perniagaan utama mereka di sana. Untuk maklumat lanjut tentang kelayakan projek, kriteria dan pembiayaan dana, sila layari laman web kami.

Pusingan Innovation Challenge sebelum ini telah menyokong lebih daripada 30 organisasi penerbitan di seluruh Asia Pasifik untuk membangunkan model perniagaan yang mampan dengan mempelbagaikan aliran pendapatan dan meningkatkan penglibatan khalayak ramai. Di Malaysia, Media Prima Bhd telah membangunkan sebuah portal permainan video dalam talian yang digelar MyGameOn untuk merapatkan komuniti permainan video tempatan dan meningkatkan penggunaan kandungan daripada para pemain video, manakala Malaysiakini pula memperkenalkan ‘Kini Community’, satu program ganjaran dan kesetiaan berasaskan pengumpulan mata untuk memacu langganan dan menggalakkan penglibatan pembaca.

Antara penerima yang lalu di seluruh rantau termasuk:

  • Di Korea Selatan, Busan Daily menggunakan kecerdasan buatan untuk mendapatkan pemahaman baru tentang pilihan pembaca dan memperkenalkan pemperibadian kepada carian di tapak, mendalami penglibatan dan meningkatkan penukaran.

  • The Conversation di Australia membangunkan piawaian dan alatan komuniti baharu untuk menjadikan perbualan di platform mereka lebih selamat, inklusif dan membina.

  • Kumparan di Indonesia mencipta suatu proses pendermaan supaya orang ramai boleh menyumbangkan wang terus daripada platform-platform berita.

  • Di India, News Minute melancarkan program keahlian yang menukar peminat menjadi seorang ahli, manakala saluran berita luar bandar yang dikendalikan oleh kaum wanita, Khabar Lahariya membuat peralihan kepada digital, menjangkau pembaca baharu dan membina perniagaan yang lebih kukuh.

Kisah Khabar Lahariya, sebuah organisasi berita luar bandar yang dikendalikan oleh kaum wanita di India.

Cara permohonan

Permohonan dibuka sehingga 23 Ogos jam 11:59 malam waktu Malaysia dan boleh diserahkan melalui laman web kami dalam Bahasa Inggeris, Bengali, Cina (tradisional), Hindi, Indonesia, Jepun, Korea atau Thai. Kami akan menganjurkan sesi dialog awam maya pada hari Rabu, 13 Julai jam 2:00 petang waktu Malaysia untuk menjawab soalan-soalan oleh para pemohon.

GNI Innovation Challenges telah memacu inovasi dalam industri berita sejak tahun 2018 dan telah membiayai lebih 200 projek di 47 negara di seluruh dunia. Kami mahu membantu memperkasakan organisasi berita di seluruh rantau Asia Pasifik untuk merintis pemikiran baharu bagi menyokong kewartawanan yang berkualiti. Kami berharap untuk menerima permohonan anda!

Lebih banyak peluang melalui Global News Equity Fund kami. Permohonan ditutup pada 21 Julai.

Salah satu matlamat GNI adalah untuk meningkatkan pelbagai jenis penerbitan di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada usaha itu, kami telah membuka permohonan untuk Global News Equity Fund pada bulan lepas, iaitu komitmen kami untuk membantu membawa lebih banyak kepelbagaian dan ekuiti kepada industri berita. Wartawan bebas serta organisasi berita kecil dan sederhana yang menghasilkan berita asli untuk golongan minoriti dan kurang diwakili layak memohon selewat-lewatnya pada 21 Julai untuk mendapatkan pembiayaan bagi menyokong dan mengembangkan operasi berita mereka.

Melalui program ini dan lain-lain kami terus bekerjasama rapat dengan organisasi penerbitan berita di seluruh rantau Asia Pasifik untuk membantu memastikan akses kepada kewartawanan yang berkualiti.