Teknologi boleh membantu perniagaan berkembang — tetapi hanya jika mereka yang memimpin dan bekerja untuk perniagaan tersebut mempunyai kemahiran yang betul. Hari ini, pada Hari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), kami mengukuhkan komitmen kami terhadap perniagaan kecil Asia Pasifik — dan mengutamakan pendidikan dan latihan sebagai tunjang usaha kami untuk membantu mereka berjaya dan berkembang.
Sejak 2015, kami telah melatih sebanyak 8.5 juta PMKS di seluruh rantau inii melalui program dan perkongsian Grow with Google kami. Kami telah meningkatkan usaha ini tatkala wabak global melanda, dan kami telah melihat impak bekerja lebih rapat dengan pihak kerajaan dan perniagaan lain untuk merapatkan jurang kemahiran dan mencipta peluang. Di Malaysia, program Mahir Digital Bersama Google kami telah melatih lebih dari 37,000 perniagaan kecil, manakala inisiatif Women Will telah melatih lebih dari 4,000 usahawan wanita di dalam negara. Tetapi kami menyedari bahawa terdapat banyak lagi yang menanti di masa hadapan untuk memastikan bahawa PMKS bersedia untuk perubahan ekonomi dan teknologi jangka panjang.
Dalam setahun akan datang dan seterusnya, kami akan mengukuhkan hubungan kami dengan rakan kongsi kerajaan dan industri untuk terus membantu PMKS mengembangkan kemahiran digital mereka.
(Click on image to watch video)
In Lombok, Indonesia, Ibu Ida attended a Women Will course and took her traditional food business online. After creating a Google Business Profile, her income increased over 60%.
Untuk memastikan peluang mempelajari kemahiran baharu adalah saksama, kami akan terus bekerjasama rapat dengan badan bukan untung di seluruh rantau ini. Sejak 2019, melalui cabang dermawan Google.org kami, kami telah menyumbang lebih $11 juta dalam bentuk geran kepada badan bukan untung. Kami telah membantu Youth Business International menjangkau lebih 180,000 usahawan melalui Program Tindak Balas Pantas dan Pemulihannya dan The Asia Foundation serta rakan kongsinya melatih lebih 225,000 orang melalui inisiatif Go Digital ASEAN, yang disahkan oleh Jawatankuasa Penyelaras ASEAN untuk PMKS. Dalam negara, rakan kongsi tempatan kami Pusat Belia Antarabangsa dan Startup Malaysia juga telah melengkapkan lebih dari 16,700 pencari kerja dan PMKS dengan kemahiran celik digital untuk membantu mereka membuka peluang ekonomi.
Octavia, Rias dan Soleha adalah tiga daripada usahawan Program Tindak Balas Pantas dan Pemulihan YBI yang dibantu di Indonesia
Seojung Chang, pengasas platform penjagaan kanak-kanak dan pendidikan Korea yang dipanggil Jaranda, mengumpul modal dan mencapai pertumbuhan selepas menghadiri program Google for Startups.
Doodle hari ini memberi penghormatan kepada mendiang Dr. Lim Boo Liat, seorang ahli zoologi dan mamalia terkemuka yang mendedikasikan hidupnya untuk mencungkil dan memulihara kepelbagaian biologi Malaysia. Beliau membantu memulakan Zoo Negara dan telah menulis lebih daripada 300 penerbitan saintifik tentang mamalia dan parasitologi.
Hama penuai: Babiangia booliati (Audy, 1965), Leptotrombidium limi (Nadchatram & Traub, 1962);
Kutu: Medwayellia limi (Traub, 1972);
Cacing Parasit: Plasmodium booliati (Sandosham, Yap & Omar, 1965), Heligmonella limbooliati (Durette-Desset, Diaw & Krishnansamy, 1975), Brienlia booliati (Ho & Singh, 1973);
Kumbang: Thalliseliodes limbooliati (Chújô, 1963);
Protozoa: Sarcocystis booliati (Dissanaike & Poopalachelvam, 1975);
Cicak: Dibamus booliati (Das & Yaakob, 2003);
Ular: Oligodon booliati (Leong & Grismer, 2004);
Katak: Kalophrynus limbooliati (Matsui, Nishikawa, Belabut, Norhayati & Yong, 2012)
Siput: Rahula limbooliati (Foon & Marzuki, 2020)
Gambar: Dr. Lim Boo Liat bekerja dengan spesimen musang leher kuning.
Kredit foto: Ihsan Persatuan Pencinta Alam Malaysia
Gambar: Dr. Lim Boo Liat muda sebagai pembantu makmal di Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur pada tahun 1948. Kredit foto: Ihsan keluarga Dr. Lim
Gambar: Dr. Lim Boo Liat di bilik belajarnya
Kredit foto: Ihsan keluarga Dr. Lim